RINGKASAN "BAHTERA PENYELAMAT DALAM KEHIDUPAN MUSLIM" -PART 1

Tuesday, January 19, 2010

Buku ini dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu:-

1-Rintangan perjuangan dalam kehidupan pendakwah:

• Orang mukmin yang dengki kepadanya
• Orang munafik yang benci kepadanya
• Orang kafir yang memeranginya
• Syaitan yang menyesatkan
• Nafsu yang merangsangkan

2-Ciri-ciri keimanan:

• Orang yang bertaubat
• Orang yang beribadah
• Orang yang sentiasa bertahmid
• Pengembara di jalan Allah
• Orang yang Rukuk dan sujud
• Orang yang menyeru kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran
• Orang yang memelihara hukum Allah

3-Bekalan para pendakwah:

• Puasalah di hari yang panas demi menghadapi Hari kebangkitan
• Menunaikan sembahyang 2 rakaat di waktu malam untuk menghadapi kesunyian kubur
• Tunaikan ibadah haji untuk menghadapi peristiwa-peristiwa gawat
• Hulurkan sedekah sambil merahsiakannya
• Tuturkan kebenaran atau berdiamkan diri dari mengungkapkan kebatilan

4-Bahtera penyelamat untuk para pendakwah:

• Bahtera Makrifatullah
• Bahtera Ibadatullah
• Bahtera zikrullah
• Bahtera Al-khauf minallah
• Bahtera Muraqabatullah
• Bahtera Hubbullah
• Bahtera Redha
• Bahtera Hubbul rasul

Tujuaan asas buku ini dan perbahasan yang terkandung di dalamnya adalah untuk menegaskan bahawa para pendakwah muslim tidak akan mencapai kejayaan selama mereka belum memiliki sifat ‘Rabbaniyyin’

Para pendakwah seharusnya memberi perhatian yang besar kepada proses penggarapan:lebih dari proses penyampaian.Merka hendaklah usaha-usaha menjernihkan diri sendiri sebagai usaha untuk meningkatkan orang lain.Orang yang mendidik dirinya lebih wajar mendapat penghormatan dari orang yang mendidik manusia lain.

Telah menyebut salah seorang pemimpin harakah semasa,yang telah mendapat pertunjuk daripada Allah SWT.Beliau berpesan:-

“Wahai saudara,dirikan Negara Al-quran ini di dalam hati sanubari saudara,nescaya ia akan terbina di tanah air saudara”

Seterusnya marilah sama-sama kita merenung ayat Al-quran yang bermaksud:

“Katakanlah wahai Muhammad,hendaklah kalian berusaha nescaya Allah SWT ,rasul-Nya dan orang-orang yang beriman akan melihat usaha kalian,kelak kalian akan dikembalikan kea lam ghaib dan syahadah lalu Allah SWT menjelaskan kepada kalian apa sebenarnya yang telah kalian usahakan”

(Surah At-taubah :ayat 105)


*************************

ORANG MUKMIN YANG DENGKI KEPADANYA

FAKTOR YANG MENYEBABKAN HASAD DENGKI

Didalm kitab Ihya’ ulumuddin karangan Imam Al-ghazali RA ada disimpulkan sebab-sebab yang menimbulkan sifat hasad dengki,Antaranya ialah:-

1. Perasaan permusuhan dan kebencian
2. Meras diri mulia
3. Takabbur
4. ‘Ujub
5. Takut terlepas sesuatu hajat dan habuan
6. Ghairah menjadi ketua dan mencari popularity
7. Busk hati

BAGAIMAN KITA MENGHADAPI PENDENGKI

Antara langkah-langkah yang dianjurkan Islam itu adalah:-

1. Berhati-hati terhadap golongan pendengki
2. Menjauhkan diri dari golongan pengumpat
3. Mengelakkan diri dari bergaul dan mendengar kata-kata mereka

Islam mewajibkan bagi sesiapa yang mendengar apa-apa sebutan yang berdosa supaya menyelar orang yang memperkatakannya.

Islam juga mewajibkan seseorang muslim mempertahankan nama baik saudaranya

Hendaklah orang yang bersikap dengki,suka mengumpat,batu api dan juga suka memfitnah agar mengambil ingatan dari sabda nabi diantaranya yang bermaksud:

“Barangsiapa yang mendengar saudaranya diumpat namun dia tidak membelanya padahal dia mampu,makadia turut menanggung dosa mengumpat itu di dunia dan di akhirat”

Adapun sikap yang diambil oleh para pendakwah apabila berhadapan dengan pendengki ialah dengan:-

1. Sentiasa bersabar
2. Menunaikan solat
3. Berlindung diri dengan Allah dari kejahatan orang lain dan bencana prasangka dan hasad dengki mereka
4. Menguasai diri sendiri dari sifat amarah atau membalas perbuatan mereka di luar sikap muslim

Sabda nabi SAW bermaksud:

“Tidak ada satu penanggungan yang lebih dikasihi Allah daripada seteguk kemarahan yang ditelan oleh seseorang.Mana-mana perasaan marah yang dikawal oleh seseorang semata-mata kerana Allah,nescaya Allah akan memenuhkan hatinya dengan keimanan”

*****************************

ORANG MUNAFIK YANG BENCI KEPADANYA

Orang munafik memang wujud dimana-manadan di sepanjang zaman.Adapun kewujudan golongan ini bergantung kepada motif mereka itu sendiri.

Golongan munafik ini didorong oleh pelbagai sebab dan motif,antaranya ialah:-

1. didorong oleh pertimbangan untuk merangkul kepentingan duniawi
2. bertujuan untuk mencetuskan krisis,melaga-laga dan memecah belahkan umat islam
3. kadang-kadang disebabkan niat jahat mereka sendiri
4. kadang-kadang mendapat arahan dari orang lain
5. kadang-kadang tibul dari sifat dendam,dengki atau kedua-duanya sekali
6. Datang untuk merosakkan dan menimbul keraguaan kepada pendakwah

Terdapat banyak hadis yang menerangkan tentang sifat-sifat munafik ini,antaranya ialah, Sabda nabi SAW bermaksud:

“Ada 3 sifat:sesiapa yang memilikinya maka dia adalah munafik walupun dia berpuasa,solat,naik haji,mengerjakan umrahdan mengaku muslim.Iaitu orang-orang yang berdusta bila berkata,mungkir bila berjanji dan khianati amanah”

Terdapat banyak peristiwa di dalam Islam yang disebabkan oleh pengkhianatan oleh golongan munafik antaranya ialah peristiwa hadis Ifk,sehinggalah turun ayat Al-quran bagi menerangkan kebenaran peristiwa tersebut yang dilakarkan di dalam Al-quran dalam surah An-nur:ayat 11-18.

Sifat-sifat mereka ini juga telah disebutkan oleh Allah SWT di dalam Al-quran.Diantaranya ialah:-

1. Didalam surah Al-baqarah;ayat 8-15
2. Didalam surah Al-munafiqun:ayat 1-11
3. Didalam surah Al-ankabut:ayat 10-11

Sesungguhnya segala yang dilakukan oleh golongan munafik ini adalah merupakan suatu ujian daripada Allah SWT terhadap hamba-hambanya.Ini tidak lain adalah untuk:-

1. memastikan kelurusan suatu pergerakan dan sikap anggota-anggotanya
2. untuk Allah SWT mengampunkan dosa-dosa mereka
3. untuk meningkatkan martabat mereka untuk menghadapi golongan munafik

*******************************

ORANG KAFIR YANG MEMUSUHI MEREKA

Orang-orang kafir adalah pengembang dan penyokong kebatilanMereka adalah alat-alat syaitan dan juga pengikut syaitan setiap masa dan tempat serta musuh kebenaran,keimanan hingga kiamat.

Firman Allah SWT bermaksud:-

“Supaya Allah memisahkan (golongan)yang buruk dari yang baik dan menjadikan (golongan) yang buruk itu sebahagiannya keatas sebahagian yang lain,lalu kesemuannya ditumpukanNya dan dimasukkanNya ke dalam neraka jahannam.Mereka itulah golongan yang merugi”

(Surah Al-anfal:ayat 37)

Dan firman Allah yang bermaksud:

“Katakanlah”siapakah tuhan langit dan bumi?” Jawabnya;”Allah”. Katakanlah ”Maka patutkah kamu mengambil pelindung-pelindungmu selain Allah,padahal mereka tidak dapat memberi manfaat atau mudarat bagi diri mereka sendiri ?Katakanlah”Adakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat ,atau samakah gelap gelita dengan terang benderang;apakah mereka menjadikan beberapa sekutu bagi Allah yang dapat menciptakan seperti ciptaanNya sehingga kedua ciptaan itu serupa menurut pandangan mereka?”katakanlah”Allah adalah pencipta segala sesuatu dan Dialah tuhan yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”

(Surah Al-ra’d:ayat 16)

A.NABI-NABI DAN KOMPLOT ORANG KAFIR

Terdapat banyak kisah di dalam Al-quaran yang menceritakan pertembungan diantara kebenaran dengan kekufuran antaranya ialah:

1. Kisah Nabi Musa yang mencabar firaun
2. Kisah Nabi Ibrahim yang menyeru kaumnya meninggalkan menyembah berhala
3. Kisah Nabi Isa yang mengajak Bani Israel menyembah Allah

B.RASUL DAN KONSPIRASI DENGAN ORANG KAFIR

Terlampau banyak peristiwa yang mengambarkan keperitan dakwah terhadap orang kafir dan penentangan mereka terhadap kebenaran.Antaranya yang dapat dipaparkan ialah:

1. Peristiwa dakwah di Thaif
2. Peristiwa Nabi Muhammad SAW beralan ke masjid dan ditahan oleh orang kafir dan dipukul beramai-ramai
3. Peristiwa perancangan pembunuhan Nabi ketika nabi sedang tidur sebelum berhijrah ke Madinah
4. Peristiwa rancangan membunuh Nabi setelah nabi berhijrah ke Madinah.Safuan Bin Umaiyyah yang telah mengupah Umair Bin Wahab untuk membunuh nabi.

C.PARA SAHABAT DAN TIPU DAYA ORANG KAFIR

Diantara peristiwa yang berlaku kepada para sahabat ialah:-

1. Peristiwa Raji’,beberapa pendakwah telah dibunuh ketika dalam perjalanan A’dal dan Qarah untk mengembangkan Islam
2. Peristiwa Bi’ri Maunah,40 orang pendakwah telah dikhianati orang kafir setelah bersepakat untuk membawa mereka ke Najd atas pemintaan Abi Bura’ Amir Bin Malik.Orang kafir telah diketuai oleh Amir Bin Tufail
3. Perang Uhud, ketika mana orang kafir dapat menumpaskan pertahanan Nabi.Nabi hanya dilindungi oleh 7 orang Ansar dan semuanya syahid
4. Perang Yarmuk,Ikrimah Bin Abi jahal mengetuai 400 orang Islam untuk berperang.Ramai yang syahid dan luka-luka

D.PENDERITAAN PEMIMPIN DAN PARA DUAT SEPANJANG ZAMAN

Diantaranya adalah:-

1. Sa’id Bin Al-Musayyab yang enggan menjadi pendokong Abdul Malik Bin Marwan.Dihukum sebat 50 kali dan diusung keliling masjid serta dilarang untuk menghadiri pengajiaannya
2. Sai’id Bin Jubair yang dimurkai oleh Hajjaj Bin Yusuf,Disembelih dari leher kanan ke kiri
3. Abu Hanifah An-nukman yang tidak bersetuju dengan politik Abi Jaafar Al-mansur.Disebat 10 kali setiap kali dikeluar dari penjara hingga mencapai 110 kali sehari
4. Imam Ahmad Ibnu Hambal ayng menyangkal bahawa Al-quran bukan makhluk dan diseksa oleh Al-muktasim
5. Al-I zz Bin Abdul Salam yang tidak bersetuju dengan sultan Ismail yang mengambil pembantu dikalangan orang kafir untuk memerangi saudaranya

E.TRIBULASI PARA DAI’E MADEN

Pelbagai peristiwa yang dapat diambil di sepanjang zaman,antaranya adalah:

1. Hamas di Palestin yang sentiasa berjuang menetang zionis
2. Hassan Al-banna ditembak mati pada tahun 1949 oleh perancanaan Inggeris
3. Sayyid Quttub yang difitnah dihadapan mahkamah tirani padatahun 1966
4. Abdul Qadir Bin Audah diseret ke tali gantung pada tahun 1954
5. Mujahid Nawwab Safawi(Iran) dan rakan-rakan di kalangan mujahid(Gerakan Feidayyan Islami)dihukum bunuh pada tahun 1966
6. Iraq,ramai ulama’ dibunuh antaranya ialah:Syiekh Abdul Aziz Al-badri(Hukum Islam terhadap nasionalisme),Syiekh Arif Al-basri,Izzuddin Al-qabbani,Imaduddin Al-tabrizi,Hasyim Abdul Salam,Abdul Razak Shandaq,Muhammad Al-banna dan lain-lain
7. Maran Hadid(Abu Khalid)

Demikianlah contoh-contoh ujian yang diterima oleh daie sepanjang zaman. Sesungguhnya jalan dakwah ini bukanlah sesenang seperti yang difikir oleh manusia yang lain,ianya adalah jalan yang penuh dengan duri-duri yang menanti.

********************************

SYAITAN YANG MENYESATKAN

A.DARI MANA SYAITAN MENYELINAP

1. Marah
2. Nafsu syahwat
3. Tergesa-gesa
4. Hasad dengki
5. Kedekut
6. Takabbur
7. Buruk sangka terhadap muslimin yang lain

B.BAGAIMANA MENUTUP LALUAN SYAITAN?

Diantara cara untuk menutup laluan syaitan seperti yang diajarkan oleh Allah SWT ialah dengan:

1. Bertakwa kepada Allah
2. Berlindung diri dengan Allah
3. Selalu mengingat Allah SWT
4. Muraqabah
5. Sempurna ibadah kepada Allah`

3 tempat syaitan akan menghalang manusia daripada memasukkinya:

1. Menghalang anak Adam daripada masuk Islam
2. Menghalang manusia daripada Berhijrah
3. Menhalang manusia daripada berjihad

****************************

NAFSU YANG MERANGSANGKAN

A.KEDUDUKAN HATI DALAM DIRI

Seseorang daie hendaklah mengetahui bahawasanya hati perlu ditarbiah lebih dari segalanya.Tiada ertinya seorang daie tidak bersifat abid dan rabbani,ianya hanya membangunkan atas dasar ilmu dan pengetahuan,bukan atas dasar takwa kepada Allah dan mencari keredhaanNya

Sabda Nabi SAW bermaksud:-

“manusia itu 2 matanya ibarat penunjuk,2 telinganya ibarat pemberi isyarat awas,lisannya sebagai penterjemah,2 tangannya ibarat sayap,2 kakinya ialah posmen,hatinya pula sebagai raja.Klau rajanya baik,baiklah bala tenteranya”

B.TANDA HATI MASIH HIDUP

Antara petanda hati masih hidup adalah:

1. Ianya masih boleh bergetar dengan alunan Al-quran,zikir dan ibadah yang lainnya
2. Kuatnya seseorang itu berpegang dengan agama
3. Tidak takut selain daripada Allah
4. Bersih dari keinginan menipu,dengki dan permusuhan
5. Tenang di dalam menghadapi ujian,lapang dada dan jauh pandangan

C.PENDAKWAH DAN KEPENTINGAN MENJAGA HATI

Seorang pendakwah perlu menjaga hatinya bagi menjamin hatinya agar sentiasa bersih dari keinginan menipu,dengki dan permusuhan.Pendakwah yang menjaga hatinya pastilah dikalangan orang yang tenang di dalam menghadapi sebarang ujian yang mendatang,lapang dada serta jauh pandangannya didalam menghadapi masalah yang melanda.

Rasulullah SAW telah mengajar kita cara-cara untuk memelihara hati antaranya ialah dengan:-

1. Zikrullah
2. Muraqabatullah

Penting agar Allah SWT menyelamatkan pendakwah dari tergelincir dan menyeleweng
Pendakwah seharusnya sedar bahawasanya urusan hidup terbahagi kepada 3 perkara iaitu:

1. Suatu yang jelas dan wajar,maka hendaklah dituruti
2. suatu yang jelas buruk harus di jauhi
3. Suatu yang kabur hendaklah ditanyakan kepada yang arif

3. Berjihad melawan nafsu
Yahya Bin Muaz berpesan:berjihadlah melawan nafsu dengan riadah(latihan rohani).Latihan ini ada 4 macam:
1. sedikit makan
2. sedikit tidur
3. bercakap sekadar perlu
4. sabar menanggung gangguan orang lain

***WALLAHU A’LAM BISSAWAB***

0 comments

Post a Comment