Saturday, July 17, 2010

Ciri-ciri calon wanita idaman sepanjang zaman

Kata orang, kalau boleh nk isteri lawa,nak anak ramai dan kalau boleh nak semua sekali jadi yang soleh-soleh belaka.

Kata orang lagi,angan-angan biar tinggi melanggit,kalau tak tercapai pun,balik-balik tersangkut dibalik awan juga....

Jadi....Mari sama-sama kita fikir sendiri.....

Sumber asal :http://siswihaluan.blogspot.com

***************************************************************************************

Pemudi yang bagaimana pilihan kita?


Wahai Muslimah...wahai pemudi, peranan Muslimah sangat besar dalam Islam...kita mahu jadi wanita yang bagaimana?? Pilihan ada di tangan kita..

Sheikh Mustafa Mashur berkata dalam kitabnya MIN FIQHI AL-DAKWAH :

" Wahai saudari-saudari sekalian, kamu semua mempunyai peranan yang penting dalam jihad, maka mulakanlah di rumah kamu dengan mendidik anak-anak kamu, tanamkan semangat jihad dalam diri anak-anak kamu, semoga mereka bersedia untuk berjihad di jalan Allah swt. "

Imam Al-Syauqi mengatakan :
“ Wanita itu ibarat Madrasah, jika kamu mempersiapkan mereka maka sesungguhnya kamu sedang mempersiapkan bangsa yang agung dan unik dimasa hadapan.”

Wanita muslimah zaman lampau peranan mereka di dalam peperangan adalah menyediakan makanan dan minuman dan merawat pejuang-pejuang yang mengalami kecederaan, dan terkadang waktunya ada juga yang berperanan mengangkat senjata, sebagaimana serikandi Nusaibah bt Ka’ab yang mana beliau mempertahankan nabi saw dalam peperangan Uhud.

1. Siapakah yang hendak mencontohi Nusaibah RAH? Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari diserang musuh.Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku. Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, Bangun wahai anakku. Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh. Rasulullah yang melihat peristiwa itu bersabda. Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan? Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, Ini dia orang yang telah melukakan anakmu. Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang. Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya, kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah.

2. Ramai manusia sudah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Dialah yang digelar Afifah Solehah (wanita suci). Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW. Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik ALLAH SWT. Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahaja hingga mulut menjadi pecah.

3. Ramai juga terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW. Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk. Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti. Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Tangannya yang suci itulah yang membersihkan segala luka ayahandanya. Seorang wanita yang tabah, kuat menempuhi segala dugaan.

4. Ramai yang telah terlupa akan seorang wanita bernama Asiah. Dia adalah isteri kepada Firaun yang menentang Musa. ALLAH telah menjadikan bicara lembutnya menyelamatkan Musa AS dari dibunuh Firaun. ALLAH juga menjadikan dia antara yang beriman dengan seruan Musa AS. Malah, ALLAH telah merakamkan namanya di dalam Al-Quran, dan menjanjikan kepadanya syurga atas balasan ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaannya dalam mengekalkan deen ISLAM dalam dirinya.

5. Ramai pula yang tidak tahu berkenaan Masyitah. Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada ALLAH SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya dia bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali penuh minyak mendidih. Walaupun nyawa di hujung tanduk, imannya tidak tergadai, malah terjun dengan penuh keyakinan. Masyitah mati syahid mempertahankan imannya dari digadai.

6. Ramai juga yang telah terlupa kepada Si Suci Maryam, ibu kepada Isa AS. Sang Perawan itu menjaga dirinya, mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci, ALLAH memuliakannya dengan memilih Zakaria as sebagai penjaga. Maryam yang suci inilah dipilih ALLAH untuk mengandungkan Isa AS. Apabila dia melahirkan Isa AS dan ditohmah dengan pelbagai dugaan, dia bergantung kepada ALLAH, dan bersangka baik atas segala apa yang berlaku ke atasnya. Akhirnya anaknya Isa AS boleh berbicara dan menyeru manusia sedari buaian.

7. Siapakah pula yang hendak menjadi seperti Ummu Sulaim? Dia berkahwin dengan Abu Talhah dengan bermaharkan iman. Abu Talhah seorang kafir ketika itu, jatuh hati kepada Ummu Sulaim yang masih muslim. Ummu Sulaim berkata: Jika hendak mengahwiniku, maka maharnya adalah iman. Maka islamlah Abu Talhah. Sehingga ada sahabat yang berkata, Aku belum pernah melihat seorang wanita sama sekali yang lebih mulia maskawinnya dibandingkan dengan maskawin Ummu Sulaim. Malah, dia mentarbiyyah suaminya, sehingga suaminya menjadi seorang sahabat yang komited..
Siapa yang tidak kenal dengan Abu Talhah? Dialah yang menyambut semua panahan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, pada hari Uhud dengan belakang tubuhnya. Lihatlah bagaimana Ummu Sulaim mentarbiyyah suaminya? Adakah lagi isteri yang sebegitu hari ini?

8. Siapakah pula yang mengingati isteri kedua Rasulullah SAW, Ummu Salamah? Bagaimana cerdiknya dia, bijaknya dia sehinggakan dia menjadi penasihat yang baik kepada Rasulullah SAW. Ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah, apabila Rasulullah mengarahkan semua sahabat-sahabatnya menyembelih haiwan dan bercukur rambut, tiada seorang pun yang bangkit menyahut arahannya. Rasulullah SAW hairan, lantas kembali ke khemah, lalu berkata di hadapan Ummu Salamah, Kenapakah berlaku begitu? Ummu Salamah berkata, Jangan kau hiraukan mereka, cukurlah rambutmu, dan sembelihlah haiwanmu Bila Rasulullah SAW melakukan, semua sahabat mengikuti.

9. Siapakah pula yang hendak mencontohi isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA? Ketika peristiwa Hadith Ifki (kisah rekaan) berlaku, menumpahkan fitnah ke atasnya, mengotorkan namanya, dia tetap teguh, yakin kepada ALLAH SWT. Tiada sebentar pun dia bersangka buruk kepada ALLAH SWT bila ditimpa dugaan.

10. Siapakah pula yang mengingati Asma binti Abu Bakr? Dia digelar Zat An-Nitaqain kerana mengoyakkan tali pinggangnya kepada dua untuk membawa makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya Abu Bakr RA ketika persembunyian di Gua Thur. Dialah juga yang dilempang oleh Abu Jahal sehingga tercabut subang di telinganya, kerana tidak mahu memberitahu posisi Rasulullah SAW dan bapanya ketika hijrah. Dialah juga yang mentarbiyyah anaknya, Abdullah Ibn Zubair RA, sehingga menjadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang berani.

11. Siapakah pula yang ingat kepada Khansa? Dia mempunyai empat orang anak. Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid. Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid. Akhirnya dia menangis. Orang berkata, Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya? Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerna aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan ALLAH

• Wahai wanita hari ini, siapakah antara kamu yang mengingati mereka?
• Wahai lelaki hari ini, siapakah antara kamu yang mengenang mereka?
• Wahai ummah hari ini perempuan dan wanita mana yang kamu puja dan puji?
• Oh masyarakat hari ini, wanita bagaimana yang kamu sanjungi?
• Oh pemudi hari ini, wanita mana yang kamu ikuti dan contohi?
• Oh pemuda hari ini, wanita yang bagaimana kamu gila-gilai untuk jadikan isteri?Sesungguhnya wanita- wanita dalam lipatan sirah ini telah dilupakan. Mereka sememangnya wanita- wanita yang telah dilupakan. Sedangkan pada diri mereka, terdapat kemuliaan yang tiada tandingan.
Mari merenung sebentar...

Sumber asal :http://ummu-anas.blogspot.com

*************************************************************************************

Wahai setiap diri yang diperhati!

LIHAT, RENUNG dan FIKIR...







Wahai setiap diri yang dikasihi dan mengasihi;
Hayatilah ungkapan ini sehingga sebati dalam diri...

Rabiatul Adawiyah berkata:
"Kekasihku tiada yang menandingi-Nya,
Sekali pun Kekasihku tidak dapat kupandang dengan mata,
Namun Dia tetap hadir bersama degup jantungku.
Dia akan kusanjung dan kupuja, sekali pun ada orang lain di sampingku.
Jiwa dan hatiku kupersembahkan hanya untuk-Nya."

Begitulah bentuk cinta Ilahi yang menguasai hati;
Laksana pohon dalam hati.
Akarnya adalah kepatuhan kepada Allah.
Dahannya ialah makrifatullah.
Rantingnya takutkan kemurkaan Allah.
Daunnya adalah malu kepada Allah.
Buahnya ialah istiqomah.
Air dan bajanya adalah zikirullah.

Bukti dan Pengorbanan Cinta.
apabila tautan jiwa si pencinta terhadap yang dicintainya telah begitu teguh dan padu, dia sanggup berkorban dan mengorbankan apa saja yang dimilikinya. Semata-mata memuaskan penerimaan yang dicintainya. Dengan itu, dirinya sendiri juga akan merasa bahagia.

Wahai diri yang dikasihi, jika cinta Ilahi telah sebati dalam diri, pasti cinta kita menjadi sangat luhur dan murni, sehingga tiada lagi yang menghijab dan membatasi cinta dan pengabdiaan kita kepada-Nya.
Jalankan Tanggungjawab sebagai seorang pelajar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sekadar berkongsi pembacaan,sumber asal: http://aljazary.blogspot.com


Jalankan Tanggungjawab sebagai seorang pelajar

Fenomena kecelaruan kefahaman pendidikan dewasa kini amat membimbangkan apabila para pelajar selaku watak utama dalam dunia pendidikan tidak lagi mengambil endah urusan pengajian sedangkan tugas utama mereka adalah menuntut ilmu dan mengkajinya.

satdy Pelajar adalah individu yang sepatutnya memberikan 100% tumpuan dan priority kepada pendidikan kerana setiap manusia perlu mengambil tugas dalam kehidupan ini, justeru, tugas dan tanggungjawab pelajar adalah menuntut ilmu., apabila priority ini tidak diberikan, maka kita akan melihat pengabaian terhadap sebuah tanggungjawab yang besar.

Pelajar bidang agama akan menyeleweng, pelajar perubatan tiada kemahiran, pelajar sains tidak Berjaya mencipta sesuatu yang baru, pelajar ekonomi tidak memahami situasi kewangan Negara, pelajar seni yang buta dengan tamdun ..

Ibubapa, saudara mara, penduduk kampong, rakan taulan dan masyarakat yang menyumbangkan bantuan kepada pelajar secara lansung mahupun tidak akan merasa diri mereka dikhianati dan tidak dihargai apabila anak emas yang mereka harapkan tidak menjadi seperti yang diimpikan.

Ramai dikalangan pelajar yang mengejar Gred dan Pointer, ada juga yang berasa lega dengan "cukup makan".. namun, apakah keputusan peperiksaan yang menentukan seseorang pelajar itu menjalankan tanggungjawabnya? Tentulah tidak..kerana pointer yang tinggi atau cukup makan sahaja boleh didapati dengan masa yang singkat, asalkan mengikuti setiap soalan sport dan bertanya sedikit sebanyak dari teman yang "ulat buku" dan banyak cara lagi yang boleh dibuat, pokoknya, ianya cukup mudah .

Buktinya amat jelas apabila Negara Malaysia sendiri telah mengeluarkan beribu-ribu graduan, namun dimanakah kejayaan Minda rakyat Malaysia? Akhlak semakin merudum, jenayah semakin berleluasa, dan kerajaan semakin tdak terkawal.

Mengapa fenomena ini berlaku? Jawapannya ada dalam diri para pelajar..

Pelajar yang tidak mengambil endah tentang ilmu, tidak mencari dan menghayatinya merupakan sebab terbesar berlakunya kerosakan ini.

Tuntasnya, jika anda seorang pelajar, tunaikan tanggungjawab anda, kurangkan main-main dan tingkatkan minat terhadap dunia pendidikan…jika anda tidak mahu merubah diri anda, amat ditakuti, anda akan merubah diri orang lain ..

Sunday, July 4, 2010

Menerapkan nilai dalam penulisan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hati ini terasa ingin menulis,namun kekurangan idea yang bernas.Jadi kongsi la mana yang sempat terbaca

Sumber asal:http://ummu-anas.blogspot.com/

*************************************************************************************

Menerapkan nilai dalam penulisan


Salam sejahtera dengan limpah rahmat dan kasih Ilahi!

Pembaca budiman, yang dimuliakan;

Saban hari sepanjang kita melalui kehidupan yang masih berjalan,kita semestinya melihat berbagai fenomena yang berlaku. Samaada fenomena alam semulajadi, maupun rentetan peristiwa yang diangkat sebagai isu besar untuk dihebahkan.Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, apakah peranan kita dalam setiap fenomena yang kita lihat? Adakah kita menyedari, sebenarnya kita adalah sebahagian dari fenomena yang berlaku itu? Dengan lain perkataan kita turut bertanggungjawab terhadap apa jua perkara berlaku dalam kehidupan harian insan.


MARI KITA MULAKAN PENELITIAN DARI DIRI KITA SEBAGAI PENULIS.

Apakah sebenarnya peranan kita dalam kehidupan insan yang seterusnya dikaitkan ke dalam semua fenomena yang berlaku? Rumitkah penelitian ini? Bagi diri saya, secara peribadi, tidak rumit! Malah saya merasa bahagia jika saya berupaya menyumbang peranan untuk bertanggungjawab dalam apa jua sudut kehidupan insan. Justru saya sendiri juga tergolong insan. Bukankah begitu juga hakikatnya kepada diri anda semua?
Ya, tepat sekali, selaku insan penulis kita sangat wajar menyedari kita punya peranan besar dalam mencorakkan kehidupan insan sejagat.



Sering benar kita mendengar orang menyebut; kita adalah apa yang kita fikir, kita adalah apa yang kita baca, kita adalah apa yang kita makan....,dan banyak lagi kita menjadi apa yang kita terapkan kepada diri kita. sebutan sedemikian seolah-olahnya menjelaskan bahawa kita akan terbentuk mengikut nilai yang kita terapkan ke dalam
diri. Ini bermakna jika nilai yang baik diterap, kesan yang akan diperolehi juga semestinya baik. Begitu juga jika sebaliknya yang diterapkan, akan berlakulah begitu juga.


Berdasarkan hakikat hal yang baik menerbitkan perkara yang baik, semestinya kita menerapkan nilai baik dalam penulisan kita. Bermakna kita hanya menulis hal-hal yang baik sahaja kerana kita mahu orang yang membacanya menjadi baik. Atau sekurang-kurangnya membina fikiran yang baik kepada semua orang. Begitulah sepatutnya dasar kerja tulis dan sikap kita sebagai penulis. Kita mesti sentiasa menerapan nilai-nilai murni dalam semua bahan dan bentuk penulisan kita. Fikirkanlah dengan teliti, apa kesan dan akibatnya jika kita memasukkan unsur tidak sihat ke dalam penulisan kita?


Seperkara lagi, di samping menerapkan nilai murni dalam masa yang sama kita mesti membenteras/membasmi nilai buruk dan negatif. Kita ambil contoh begini; kita ingin menyubang peranan dalam mengurangkan kadar merokok di kalangan remaja, sebagai contoh. Ini bermakna selain kita mengemukakan teguran supaya tidak merokok, dalam masa yang sama kita tidak sepatutnya mencipta watak merokok dalam penulisan kita. Dengan lain perkataan kita mencadangkan sikap juga aktiviti gantian kepada rokok seiring dengan tidak menyebut langsung tabiat buruk itu. Kaedah demikian bersamaan dengan kita cegah sesuatu penyakit sebelum penyakit itu muncul. Kita telah sedia setuju dengan ungkapan; 'mencegah lebih baik dari mengubati'. Bertitik tolak dari situ, sangat wajar kita membina satu sikap yang lebih jelas; 'menghindari lebih baik dari melarang'. Bagaimana pandangan anda semua kepada saranan saya ini...,setuju? Saya sangat menunggu-nunggu maklum balas anda semua! Diharapkan hal ini akan memberi kesan positif kepada kita semua.


Sebelum mengakhiri bicara saya ini, saya ingin mengajak anda meneliti satu gejala lumrah dan berleluasa berlaku dalam kehidupan masyarakat hari ini, khasnya golongan remaja; gejala sosial dan pergaulan bebas. Kita semua maklum gejala ini membawa kesan sangat besar dan sensitif dalam kehidupan bermasyarakat di negara kita, malah sangat pula menyedihkan dan membimbangkan. Dalam ruang serba terbatas ini saya hanya ingin menyentuh peranan kita sebagai penulis. Di sinilah sepatutnya kita bawa penerapan nilai murni dengan memaparkan bahan tulis berakhlak mulia. Sedapatnya kita elakkan dari membesarkan malah tidak perlu sama sekali mendedahkan tingkah laku buruk yang berkaitan. Hal ini hanya akan meransang remaja yang semulajadinya angresif untuk melakukan hal yang kita sebut. Hakikat larangan yang ingin kita kemukakan tidak meresap ke hati remaja, tetapi mereka hanya mencedok yang keroh dan kotor saja. Kerana itulah kita perlu masuk terus kepada pokok nilai yang wajar; kita mahu remaja berakhlak mulia, jadi kita hanya perbesarkan dan sebut hal-hal yang baik. Dengan itu secara tabii akan membina sikap positif yang mulia dalam fikiran dan tingkah laku golongan remaja. Ketahuilah hal ini perlu kita halusi dengan lebih mendalam lagi, dari masa ke semasa.


Akhirnya ingin saya tegaskan, sepanjang kita menulis kita mesti peka apa saja yang kita tulis memberi kesan kepada orang yang membacanya. Tanya kepada hati kita, sukakah kita melihat orang yang membaca tulisan kita mengalami/melakukan keburukan?
Tentu kita tidak mahu begitu yang terjadi. Hati kita yang sedia baik ini sangat ingin orang lain beroleh kebaikan dari hasil tulisan kita. Kita akan rasa bahagia jika orang lain menjadi baik setelah membaca bahan penulisan kita. Begitulah sepatutnya yang kita harapkan dan semestinya yang kita lakukan.

SELAMAT MENULISKAN SEGALA KEBAIKAN.

Benteng hindari zina

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sudah sekian lama rasanya tidak mengisi kekosongan dalam blog,tiba-tiba terasa teringin pula berkongsi sedikit pembacaan.

Artikel kali ini berkisar tentang gejala sosial yang semakin menular dan semakin membimbangkan kita dewasa ini.
Sumber asal:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0701&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm

*************************************************************************************

Benteng hindari zina

TIDAK lama dulu kajian sebuah syarikat pengeluar kondom mengkategorikan Malaysia sebagai negara yang mengamalkan seks luar nikah di kalangan remaja dengan purata 62 kali setahun pada 2003 dan 86 kali setahun pada 2004, berbanding Jepun 37 kali setahun pada 2001 (Majalah Milenia, Jamadil Akhir-Rejab 1431H).

Terkini, kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dipaparkan dalam Mingguan Malaysia 20 Jun 2010, berkaitan 300 remaja Melayu berusia 13 hingga 25 tahun terlibat dengan salah laku seksual dan seks bebas . Laporan itu membuatkan saya cukup bimbang dan risau tentang nasib umat Islam khususnya di Malaysia. Saya tertanya-tanya apa yang tidak kena dengan sistem pembelajaran hari ini yang saban tahun mencatatkan keputusan peperiksaan yang meningkat. Apa yang telah berlaku pada struktur kekeluargaan kita pada hari ini, ketika kita tidak pernah lekang dengan pelancaran demi pelancaran dalam kempen keluarga bahagia, keluarga sakinah dan sebagainya. Tiba-tiba satu kajian mendapati 300 anak Melayu terlibat dalam salah laku seks. Saya tegaskan, inilah masa untuk kita bermuhasabah.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyatakan 81,000 anak luar nikah didaftarkan. Manakala di ruangan Pendapat Utusan Malaysia, seorang penulis menyatakan frasa Melayu seks sahaja sudah ada 1.1 juta maklumat di Google, 'Melayu seks sekolah' pula berjumlah 2.69 juta. Ketika mana Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia pula menyatakan 55 peratus rakyat Malaysia ketagih Internet. (Utusan Malaysia 30 Jun 2010 )

Fakta-fakta tersebut sememang sudah cukup untuk kita memulakan langkah serta-merta bagi kita mengatasi masalah ini. Saya mohon kepada semua pihak terutama kerajaan dapat mengatur langkah serius dalam menangani kebejatan akhlak.

Larangan zina

Di dalam al-Quran larangan zina datang dalam bentuk sighah al-Nahyu iaitu dalam bentuk larangan untuk mendekatinya seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Isra : 32 ; dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). Menariknya ayat ini datang dengan kalimah la taqrabu yang bermaksud 'jangan mendekati'. Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya menyatakan bahawa dari ayat ini Allah SWT bermaksud bukan sekadar menegah manusia melakukan zina, bahkan mendekatinya mahupun menganjurkan sesuatu yang menyeru kepada perbuatan zina ini.

Manusia fitrahnya dihiasi dengan nafsu seks. Namun naluri seks serta hambatan nafsu merupakan satu yang amat sukar dikawal, seolah diibaratkan manusia yang kelaparan kemudian dihidangkan makanan. Ia sukar untuk ditolak sama ada ia halal atau haram, kecuali manusia itu mempunyai ketahanan iman yang cukup tebal untuk mempertimbangkannya. Oleh kerana itulah Allah SWT Yang Maha Mengetahui telah mengatur kehidupan manusia ini, agar kita jangan cuba-cuba mendekati zina. Sekali mendekatinya, belum tentu kita berjaya menghindarinya. Banyak cerita dalam sejarah yang menceritakan kehancuran manusia yang rajin beribadat namun akhirnya hancur dengan tipu daya iblis dengan melakukan zina.

Ini bermakna kalimah la taqrabu di dalam surah al-Isra itu telah memberikan panduan untuk kita dalam menjauhi zina, iaitu:

1. Jangan sesekali mendekati zina, kerana biasanya manusia akan tewas dengan desakan nafsu seks.

2. Jangan membiarkan diri terdedah kepada suasana zina seperti berdua-duaan, mendedahkan aurat, melihat video lucah dan sebagainya.

3. Jangan mengadakan majlis atau sesuatu yang boleh mendorong perbuatan zina seperti parti sosial, kelab malam dan sebagainya.

Namun hakikat yang dapat kita katakan bahawa suasana hari ini, sememangnya mendorong kepada zina. Lihat saja di sekeliling kita, remaja bebas berpeleseran dengan pasangan masing-masing di taman dan pasar raya, poster atau gambar wanita bukan sekadar mendedahkan aurat malah dalam keadaan menggiurkan tujuan mengiklankan barang-barang yang tiada kena mengena pun dengan wanita. Filem lucah sangat mudah didapati apatah lagi hari ini ia semakin mudah dimuat turun dari Internet dan kemudian disebarkan melalui telefon bimbit dan pelbagai lagi. Inilah suasana yang mewarnai trend pemikiran masyarakat terutamanya remaja kita.

Saya berpendapat, sudah masanya kita bertegas dalam hal ini. Kita patut menyelesaikan akar permasalahan bukan sekadar pucuknya saja. Contohnya gubal satu undang-undang yang lebih menyeluruh bukan sekadar enakmen jenayah syariah bagi mengawal masalah remaja berpasangan bebas . Dari sudut pengiklanan pula kenapa kita tidak boleh bertegas dengan syarat-syarat tidak mengeksplotasi wanita sebagaidaya tarikan yang jelas merendahkan kedudukan wanita, jika dalam masa yang sama kita boleh mengenakan syarat-syarat lain. Begitu juga beberapa laman web yang sudah terbukti membawa kemudaratan lebih besar daripada manfaatnya seperti facebook dan YouTube yang sepatutnya dikawal atau diharamkan terus di negara ini.

Pembelajaran Islam

Hasil kajian UPM itu juga menyatakan bahawa mereka yang terlibat ini, mempunyai latarbelakang pembelajaran tentang asas-asas agama yang cukup. Bercakap tentang soal pembelajaran pula, kita telah lama menekankan kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira di sekolah. Namun saya bersetuju dengan tulisan Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak (Mencari roh pendidikan, Utusan: 30 Julai 2010 ) yang menyatakan pendidikan hari ini sememangnya nazak kalaupun sudah kaku akibat kekosongan nilai manusia dan kemanusiaan yang diumpamakan dengan kehilangan roh. Proses pembelajaran diukur berdasarkan jumlah A ataupun CGPA di peringkat universiti. Adakah sistem pembelajaran sekadar proses pemindahan maklumat daripada guru kepada murid sehingga mereka mencari jalan mudah bagi mendapat keputusan cemerlang. Ada pelajar yang bersungguh-sungguh menghafal dan membuat peta minda agar mudah faham. Namun akhirnya segala itu dicurah dan ditinggalkan dalam kertas-kertas jawapan peperiksaan atau buku-buku teks.

Sedangkan agama perlu menjalani proses pendidikan yang berterusan dalam segenap masa dan ketika hingga ilmu itu benar-benar dapat melahirkan manusia yang ihsan, iaitu manusia yang dapat menghayati ajaran agama dan merasai tanggungjawabnya terhadap Allah SWT. Kerana itu saya sebutkan pada awalnya tadi, apa yang tersirat di sebalik kenaikan graf kecemerlangan para pelajar dalam peperiksaan tetapi graf akhlaknya merudum jatuh. Bukan niat saya untuk menyalahkan pihak pendidik namun satu kajian dan tindakan perlu dijalankan oleh kementerian berkenaan bagi mengatasi masalah ini.

Cadangan pembelajaran seks di sekolah pula patut diteliti dengan betul dan tepat. Di mana penekanan berkaitan agama diberi penekanan. Jika silap langkah, pendidikan seks yang mendedahkan teori akan mendorong mereka melakukan zina setelah memperolehi maklumat lengkap tentang seks.

Benteng

Kita perlu undang-undang dan penguatkuasaan yang lebih tegas dalam menangani masalah ini. Kerajaan juga perlu mengambil langkah tegas.. Namun akhirnya, kita akan kembali kepada hubungan kita dengan Allah SWT. Al-Quran di dalam surah Yusuf menceritakan bagaimana hebatnya Nabi Yusuf a.s digoda oleh seorang wanita untuk berzina. Sebagai manusia sungguh godaan itu cukup hebat sehingga timbul gelora nafsu dalam diri baginda. Namun apa yang menjadi benteng kukuh Nabi Yusuf a.s adalah muhsin (sedar kehadiran Allah SWT-surah Yusuf: 22) dan mukhlis (hati yang suci bersih-surah Yusuf: 24). Ketahuilah bahawa Muhsin dan Mukhlis itu berasaskan ilmu. Ilmu itu perlu pada amal.

Amal pula perlu pada istiqamah (berterusan) hingga kita menghayati setiap amalan tersebut. Maka dengan itu kita telah menyediakan insan soleh seperti ikan di lautan, yang tidak masin walaupun seumur hidup bergelumang dengan masin lautan. Jika dicampak ke daratan menjadi gunung, jika dicampak ke lautan menjadi pulau.