Saturday, June 11, 2011

RINTANGAN SEPANJANG JALAN-PART 1

Penulis:Dr Sayyid Muhammad Nuh
Penerbit:Berlian Publications Sdn Bhd/Jasmin Interprise

Bismillahirrahmanir rahim

1-AL-FUTUR (TIDAK BERSEMANGAT)

A-PENGERTIAN

Al-futur:dari segi bahasa mempunyai 2 maksud iaitu:

1-kelesuan atau dingin
2-malas,berlengah,tidak semangat atau tiada ghairah

*Dalam "Lisanul Arab" ada menyebutkan "satu penyakit yang menimpa manusia,bahkan penyakit itu terjadi kerana perbuatannya sendiri"
Ianya disebut sebagai malas,berlengah-lengah,lambat,tidak bersemangat dan dingin.

B-PUNCA-PUNCA PENYEBAB FUTUR

Diantara sebab al-futur menjangkiti hati manusia adalah dosebabkan :-

1-berlebih-lebihan dalam menjalankan agama
2-berlebih-lebihan dan melampaui batas ketika makan
3-berpisah dari jemaah dan menyendiri
4-sedikit mengingati mati dan akhirat
5-lalai dalam beramal
6-memakan sesuatu yang syubhah atau haram
7-melakukan amalan dari satu segi sahaja
8-melupakan sunnatullah di dunia dan di akhirat
9-melupakan kesihatan tubuhnya kerana banyak beban dan kewajipan
10-tidak mempunyai persediaan dalam menghadapi kehidupan
11-bertemankan dengan orang yang mempunyai penyakit futur
12-tidak merancang aktiviti yang dilakukan
13-terjerumus dalam melakukan dosa dan maksiat meskipun hanya dosa kecil


C-KESAN AKIBAT FUTUR

Malas memberi kesan yang sangat besar dan mendalam dalam diri seorang pendai'e mahupun kelompok umat islam itu sendiri.

Disebabkan sifat malas yang bersarang dalam hati dan diri insan menyebabkan seorang daie itu menjadi kurang ketaatannya kepada Allah,malahan malas juga membawa kepada menjerumus kepada perbuatan mungkar.

Oleh kerana itu Rasullullah SAW mengajarkan kepada umatnya akan satu doa yang bermaksud: "Ya Allah aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan was-was dan gelisah,aku berlindung kepada-Mu daripada lemah dan malas,dan aku berlindung kepada-Mu dari hutang dan kekasaran lelaki"
[Diriwayatkan dari Ibnu sunni dari Annas/hadis ini adalah dhaif]

Akibat yang lebih besar yang disebabkan oleh sifat malas ini lebih besar terhadap umat islam itu sendiri.Ianya akan menyebabkan semakin banyak maslah yang akan timbul dan gagalnya membendung sifat malas ini membawa kepada hilang semangat.

Ini adalah menjadi sunnatullah bahawa pertolongan Allah itu tidak akan datang kepada orang yang malas.Sesungguhnya pertolongan Allah itu datang pada orang-orang yang bersungguh seperti mana firman-Nya yang bermaksud:

"Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal soleh tentulah Kami tidak akan mensia-siakan pahala orang yang mengerjakan amalan dengan baik"[Surah Al-kahfi:30]


D-KAEDAH MENGATASI AL-FUTUR

1-menjauhi maksiat samada dosa besar mahupun kecil
2-sentiasa melakukan amalan soleh
3-melakukan amalan pada waktu-waktu yang mempunyai fadhilat
4-menghindari dari berlebihan di dalam melakukan amalan soleh
5-memupuk jiwa untuk hidup berjamaah dan tidak menyendiri serta sentiasa berperasangka baik dengan qada' dan qadar Allah
6-tetap berpegang teguh dengan sunnatullah di dalam menyelesaikan setiapa permasalahn dalam kehidupan
7-tekun dan istiqomah di dalam beramal
8-mendahulukan perkara yang lebih aula
9-berteman dengan hamba Allah yang soleh
10-menjaga kesihatan badan dengan beristirehat,makan dan minum dalam keadaan yang optimum
11-menghiburkan diri dengan perkara-perkara yang harus
12-sentiasa membaca sirah Rasul,para sahabat serta menghayati kehidupan mereka
13-sentiasa mengingati mati
14-mengingati adanya kehidupan selepas mati-syurga,neraka,kubur,mahsyar
15-banyak mengahadirkan diri di dalam majlis ilmu
16-menjalankan agama dengan menyeluruh
17-sentiasa bermuhassabah diri

Allahu a'lam-

Thursday, June 9, 2011

RINGKASAN "USUL 20"-PART 3

ASAS KETIGA:

Iman yang benar, ibadat yang sah dan mujahadah adalah cahaya dan kemanisan yang dicurahkan Allah ke dalam hati sesiapa yang dikehendakinya, manakala ilham, lintasan-lintasan hati, kassyaf dan mimpi bukanlah menjadi dalil kepada hukum-hukum syariat. Perkara-perkara tersebut hanya dapat diterima dengan syarat perkara-perkara tersebut tidak bertentangan dengan hukum dan nas syariat.

Keterangan:

Iman yang benar ialah iman yang merangkumi pengertian dan ciri-ciri keimanan, seperti bersih dari syirik, khafi, ria dan lemah. Iman yang benar meresap ke dalam hati dan bertahta di jiwa anggota zahir untuk melakukan taat kepada Allah dan menjadikan perkara-perkara ghaib seolah-olah hadir di depan mata. Ia akan memenuhkan jiwa dengan perasaan tenang, tabah dan tetap pendirian, hingga memudahkan mereka yang mempunyai iman seperti ini berkorban apa sahaja demi jalan Allah, menambahkan pergantungan, kepercayaan, tawakkal, takut dan penyerahan mereka kepada Allah.


Bila pengertian iman yang seperti ini memenuhi hati seorang Muslim jiwanya akan ringan melakukan segala bentuk ibadat dan ikhlas kerana Allah semata-mata. Ibadat dan iman yang seperti ini mempunyai pengaruh dan kesan yang besar dalam penghidupan dunia dan akhirat. Kehidupan akan dipenuhi dengan kebahagian, kegembiraan dan ketenangan yang meresap ke seluruh pelusuk jiwa. Kegemilangan yang sungguh indah dan cahaya yang terang akan
memenuhi batin seorang Muslim. Apabila cahaya batin ini bertambah, sinarnya akan melimpah pada wajah seseorang Muslim; sinar yang dapat dilihat pada orang-orang yang beriman sekalipun kulit seorang Muslim itu hitam atau sawomatang.

Manakala di akhirat pula kemanisan iman ini akan dapat dirasakan lebih manis dari madu.
Sebahagian dari tanda-tanda lahir bagi kemanisan iman ialah kecintaan seorang Mukmin untuk melakukan ibadat, merasa selesa dan tenang melakukannya, merasa rindu dan lapang dada terhadapnya. Saudara jangan merasa pelik dan menganggap bahawa perkara ini hanyalah khayalan semata kerana iman mempunyai kemanisan yang dapat dirasakan oleh roh sebagaimana lidah dapat merasakan kemanisan makanan. Hadith yang mulia telah menyebutkan:


ثلاث من آن فيه وجدبهن حلاوة الايمان من آانالله ورسوله احب اليه
مما سوا هماوان يحب المرءلايحبه الاالله وأن يكره ان يعود فى الكفر
بعد أن انقذهالله منه آما يكره أن يقذ ف النارً أخرجه مسلم

“Jika terdapat tiga perkara ini pada seseorang beliau akan merasakan kemanisan iman.Beliau mengasihi Allah dan rasulnya lebih dari sesuatu. Beliau benci kembali kepada kekufuran, setelah Allah melepaskan beliau dirinya, sebagaimana beliau benci dicampakkan ke dalam neraka. Beliau mengasihi seseorang bukan kerana sesuatu, tetapi hanyalah kerana Allah”.



Iman adalah kemanisan dan kemanisan ini akan bertambah apabila iman bertambah kuat dan termetri.Sebahagian dari kesan iman yang benar dan ibadat yang sah ialah Allah akan mencampakkan ilham dan lintasan-lintasan ke dalam hati Mukmin, ilham dan lintasan hati yang menyuluh jalan Mukmin; menolongnya dalam mencari
kebenaran dan menyelesaikan kemusykilan. Kassyaf juga adalah sebahagian kesan dari iman yang benar. Kassyaf yang dimaksudkan di sini ialah:

Allah membukakan tabir yang melindungi sebahagian dari perkara-perkara yang tersembunyi dan perkara-perkara yang tidak tersembunyi dan perkara-perkara ghaib. Termasuk juga dalam pengertian kassyaf ialah mengetahui bisikan hati,niat dan kelemahan setengah manusia. Kassyaf
yang seperti ini dikenal dengan firasat Mukmin, sebagaimana yang tersebut dalam hadith:

اتقوافراسة المؤ من فإنه ينظربنورالله

“Takutilah firasat Muslim, sesungguhnya beliau melihat dengan nur Allah”.

Dalam Athar (kisah atau kejadian yang berlaku di zaman para sahabat) para sahabat diceritakan bahawa Saidina Othman bin Affan (r) telah berkata kepada sebahagian orang ramai yang datang menemuinya: “Salah seorang di antara kamu masuk, sedang kesan zina jelas kelihatan di antara dua matanya”.Lantas di kalangan yang hadir bertariya: “Adakah wahyu turun selepas Rasulullah wahai amirul-mu’minin?”.

Soalan ini dijawab Othman dengan katanya: “Tidak, malah ianya firasat Mukmin”. Kesan zina yang dilihat oleh Othman di sini hanyalah kesan dari mereka melihat perkara yang haram, kerana dalam hadith ada disebutkan bahawa mata itu berzina dan zina mata ialah melihat perkara yang haram.

Ilham, lintasan hati dan firasat adalah termasuk dalam perkara-pekara yang thabit dan berlaku. Kadangkala perkara ini disebut keramat. Keramat adalah suatu kebenaran yang harus diterima dan wajib diimani, tetapi tidak harus dijadikan sebagai dalil terhadap hukum-hukum, kerana dalil-dalil hukum hanyalah terbatas pada Al-Quran dan sunnah dan ceraiannya.


Walaupun demikian, ilham dan seumpamanya bolehlah di anggap sebagai petunjuk jalan
untuk mengenali seseorang, keadaan-keadaan tertentu dan perkara-perkara yang harus dilakukan atau ditinggalkan bersangkutan dengan urusan hidup.

Sebahagian dari mimpi-mimpi adalah benar dan sebahagian yang lain hanyalah merupakan mimpi-mimpi karut. Mimpi seorang yang benar-benar Mukmin pada ghaibnya adalah benar dan jelas, atau memerlukan ta’bir
RINGKASAN "USUL 20" SERTA KETERANGAN-PART 2

ASAS KEDUA:

Bagi seorang Muslim, Al-Quran dan hadis adalah menjadi sumber untuk mengetahui hukum-hukum Islam. Al-Quran difahami menurut kaedah-kaedah bahasa Arab, dengan tidak memberat dan meringankan. Hadis pula difahami melalui periwayat-periwayat hadis yang dipercayai.

2.1 Keterangan

Tidak berlaku perselisihan pendapat di kalangan Muslimin bahawa Al-Quran adalah merupakan sumber pertama bagi hukum dan hujah bagi ummatIslam. Mereka juga sependapat mengatakan bahawa sunnah nabawiah adalahmerupakan penyempurna dan pentafsir kepada sesuatu yang umum dalam Al-Quran. Sunnah nabawiah juga wajib diikuti sebagaimana Al-Quran. Al-Quran
dan sunnah adalah wahyu dari Allah, tetapi lafaz dan makna Al-Quran diwahyukan Allah kepada Rasulullah (s.a.w) sedangkan lafaz sunnah daripada Rasulullah (s.a.w) manakala maknanya adalah dari Allah s.w.t. Inilah yang membezakan antara Al-Quran dan sunnah.



Oleh kerana Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, mereka yang ingin mengetahui hukum-hukum melalui nas Al-Quran haruslah mengetahui kaedah-kaedah
bahasa Arab dan gaya bahasanya dalam menerangkan sesuatu. Selain dari itu mereka harus juga mengetahui beberapa perkara lain seperti mengetahui ayat-ayat yang memansukhkan dan ayat-ayat yang dimansukhkan, mengetahui sebab-sebab turun ayat dan hikmat tasyrik; dan juga mengetahui perkara-perkara lain yang bersangkutan dengan apa yang dinamakan ulum AlQuran.

Mereka juga harus mengetahui hukum-hukum yang disebutkan dalam sunnah nabawiah agar mereka dapat memahami maksud dan tujuan nas Al-Quran.Oleh kerana kemampuan seseorang tidak sama dalam menguasai semua ilmu yang diperlukan untuk memahami Al-Quran, maka seseorang Muslim hanyalah dapat memahami Al-Quran sekadar ilmu yang ada padanya. Beliau haruslah bertanya kepada orang yang mengetahui tentang perkara-perkara yang tidak
dapat difahaminya dan Al-Quran.

Sunnah nabawiah pula dapat difahami dengan mengetahui sanad dan matan hadith. Yang dimaksudkan mengetahui sanad ialah mengenal periwayat hadith, dengan tujuan mengetahui sejauh mana siqah (dipercayai) riwayatnya agar dapat diketahui sahih atau tidaknya hadith yang diriwayatkan.

Untuk mengenal hadith yang sahih hari ini cukuplah dengan mengetahui hadith-hadith yang dianggap sahih oleh ulamak-ulamak hadith yang berkemampuan dalam ilmu hadith. Ulamak-ulamak Islam telah mengumpulkan hadith-hadith yang sahih dalam kitab-kitab yang tertentu, demikian juga hadith-hadith yang dusta dan daif telah diterangkan oleh sebahagian ulamak yang lain.

Bila seorang Muslim telah mengetahui hadith-hadith yang sahih atau dhaif melalui penelitiannya dalam kitab-kitab hadith, sebagaimana yang telah diputuskan oleh ulamak-ulamak, beliau akan dapat mengetahui hadith-hadith yang dipercayai dan boleh diamalkan dan dibuat hujah.

Kitab-kitab yang mengandungi hadith-hadith yang sahih ialah: Kitab Sahih Bukhari dan Muslim, Sunan Abi Daud dan Tarmizi, Sunan Nasa’i dan Ibni Majah. Kitab sahih Al-Bukhari adalah kitab yang paling tinggi kedudukannya di antara kitab-kitab tersebut.

Ahli-ahli ilmu telah bersepakat mengatakan bahawa sahih Al-Bukhari menduduki tempat yang
pertama dari sudut sahihnya setelah Al-Quran. Tempat kedua dari sudut ini ialah kitab-kitab sahih Muslim, manakala tempat yang seterusnya ialah kitab-kitab yang empat yang telah disebutkan. Atas dasar in semua hadith-hadith yang tersebut dalam kitab-kitab sahih Bukhari dan Muslim adalah hadith-hadith yang sahih dan periwayat kedua-dua kitab ini adalah mauthuq (dipercayai).

Memadailah bagi seorang Muslim mengamalkan hadith-hadith yang terkandung dalam kedua-dua buah kitab tersebut dan beliau bolehlah berpuas hati.Yang dimaksudkan dengan mengetahui matan hadith pula ialah mengetahui makna hadith dan hukum-hukum yang terkandung di dalamnya.Sekiranya seorang Muslim itu tidak tergolong dalam lingkungan ulamak-ulamak-hadith, maka soal untuk memahami makna hadith dan mengetahui hukum-hukum yang terkandung di dalamnya mestilah dirujuk kepada ahli-ahli dan ulamak hadith.

Kitab yang menitikberatkan fiqhul hadith ialah kitab-kitab:-

1-Nailul-Autar oleh Syaukani,
2- Subulus-Salam oleh Sanaani dan
3-Umdatul-Ahkam oleh Ibni Daqiqil-aid.