Monday, May 16, 2011

Hukum wasiat organ badan

Bismilahi rahmani rahim....

Sekadar berkongsi perkara yang jaran-jarang orang ambil perhartian.Kadang-kala ada orang menyangka sedekah hanya tertumpu pada orang-orang faqir dan miskin,sekolah-sekolah,masjid-masjid dan waqaf-waqaf yang tertentu.Link

Tapi bagaimana pula dengan derma organ,adakah ianya tidak dikira sebagai sedekah?dan mungkin yang boleh kita simpulkan disini adalah sedekah jariah.

Adakah ianya boleh atau tidak boleh?

Sumber asal boleh dilihat di sini ....

--------------------------------------------------------------------------------------------------

APAKAH hukumnya mewasiatkan sebahagian organ badan kita selepas meninggal dunia?


HANAFI,

Kuala Lumpur.


ISLAM membenarkan pemindahan organ seperti hati, buah pinggang, kornea mata dan jantung daripada penderma sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia kepada pesakit.


Dengan pemindahan organ terbabit mungkin dapat menyembuhkan pesakit atau menyelamatkan nyawanya. Beberapa perkara perlu diberi perhatian antaranya keselamatan serta kemudaratan kepada penderma dan pesakit.

Syarat asas rawatan ialah ia satu-satu rawatan yang boleh menyelamatkan pesakit, peratus kejayaannya tinggi, penderma bersetuju sebelum kematiannya dan persetujuan pesakit.

Di samping itu, bagi penderma yang masih hidup tidak harus bagi mereka untuk menderma organ kerana boleh memberi kemudaratan kepada dirinya serta kepada mereka yang mempunyai hak ke atasnya seperti suami isteri.

Thursday, May 12, 2011

RINGKASAN "BAGAIMANA MENYENTUH HATI" PART 4

InsyaAllah saya akan menyambung semula perkongsian saya hasil dari pembacaan yang telah lalu.Walaupun sudah lama tidak berkesempatan menulis,insyaAllah saya akan mencuba juga.Allahu a'lam
........................................................................................................................................................................

MENGHAFAL NAMA

Menghafal nama adalah hal yang penting, kerana dari sinilah terjadi interaksi dan lahir sifat saling percaya sesama individu. Ia merupakan langkah awal dan benang pertama yang mengikat antara hati individu. Ia adalah benang yang mengikat bola-bola kecil yang berserakan. Setiap orang tentu akan merasa senang jika dipanggil dengan namanya, apalagi dengan nama yang paling ia sukai.

Menghafal nama mempunyai peran yang amat penting. Oleh kerana itu, akan saya paparkan beberapa metode yang dapat membantu permasalahan ini.

1. Hendaklah kita tanamkan rasa ingin dan suka menghafal nama orang lain.
2. Ketika sedang berkenalan, hendaklah kita siap untuk menghafal namanya secara lengkap atau sebahagian saja, lalu mengingat-ingat dan memakainya pada saat itu juga tatkala bercakap-cakap.
3. Nama biasanya terdiri dari tiga bahagian: namanya sendiri, nama orang tuanya, dan nama keluarganya. Nama yang paling disukai oleh pemiliknya adalah namanya sendiri atau kuniah-nya. (sebutan nama yang dikaitkan dengan anak lelaki tertua, seperti Abu Khalid, Ummu Khalid, dan sebagainya). Jika Anda tambahkan pada nama itu nama keluarganya,itu akan lebih baik. Biasanya nama keluarga yang satu dengan yang lain tidak sama jadi sangat mudah untuk dihafal, seperti As-Siisi. Adapun nama-nama seperti Muhammad, Ali, Hasan, atau Sa'ad akan sangat banyak dijumpai, sehingga agak sulit menghafalnya.
4. Ketika berkenalan dengan nama yang baru, Anda harus mengingat orang-orang yang mempunyai nama yang sama yang telah anda kenal sebelumnya agar mudah untuk menghafal.
5. Pada waktu berkenalan, Anda harus memperhatikan wajah dan keadaannya; apakah dia berjanggut, memakai kaca mata, bagaimana warna kulit, suara, bentuk tubuhnya,pekerjaannya, serta di mana dan bagaimana perkenalan itu berlangsung.
6. Untuk memantapkan ingatan, Anda bisa menulis nama-nama tersebut, dan
setiap kali bertemu hendaklah Anda memanggil mereka dengan nama-nama tersebut. Jika tempat tinggalnya jauh, hendaklah Anda mengirim surat kepadanya,kerana ini mempunyai impak yang amat besar dalam memperratkan hubungan anda dengan mereka. Surat menyurat itu sendiri merupakan saranan dalam tarbiyah.
7. Ketika bertemu lagi, Anda harus mengingat-ingat pertemuan-pertemuan sebelumnya dan pertemuan yang pertama kali, kerana ini dapat membantu anda dalam mengingat namanya dengan cepat.
8. Berkenalan dengan seseorang merupakan pintu bagi anda untuk berkenalan dengan teman-temannya, hingga anda mempunyai data nama yang amat banyak. Anda pun harus berusaha agar nama-nama itu tetap melekat di kepala.

Rasulullah saw. bersabda,
"Termasuk sifat angkuh adalah seseorang yang masuk ke dalam rumah temannya, lalu
dihidangkan kepadanya makanan, ia tidak mahu memakannya; dan seorang lelaki yang bersama-sama dengan lelaki lain dalam perjalanan, tetapi ia tidak bertanyakan namanya dan nama orang tuanya." (HR. Ad-Dailami)