Sunday, April 18, 2010

IBU...OH IBU...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Salam sejahtera kepada sidang pembaca sekalian.Sudah agak lama tidak meng'update blog tiba-tiba hari ini terasa teringin pula nk mengisi sesuatu.

Entah mengapa hati ini terasa ingin memilih tajuk ini.Mungkin sudah lama tidak menemui keluarga di tanah air.

InsyaAllah penulisanku kali ini ingin penulis tujukan kepada insan yang bergelar anak.

Sidang pembaca sekalian...

Bilamana kita membincangkan tentang seorang insan yang bergelar ibu,emak,mama,mummy ( ikutlah nak panggil macam mana pun) pasti setiap dari kita akan terfikir tentang kesusahan ibu mengandung dan melahirkan kita.

tapi...

bila anak-anak dah besar panjang,seringkali terlupa tentang insan ini.Seringkali membiarkan perasaan merasuk fikiran.Perasaan sendiri diutamakan lebih dari perasaan ibu dan bapa.Padahal keinginan sendiri seringkali diketepikan oleh insan bergelar ibu dan bapa ini.

Bercakap tentang perasaan,adakah kita tahu apa perasaan ibu dan bapa kita pada ketika ini?Adakah kita sebagai anak memikirkan apa perasaan ibu dan bapa kita tatkala kita melakukan sesuatu tanpa pengetahuaan dan persetujuan kita?
Fikirkanlah...

Sidang pembaca sekalian...

Ibu dan bapa ini tidak sekali-kalimembuat sesuatu perkara tanpa memikirkan akibatnya.Ibu dan bapa ini adalah orang yang pertama sekali berkorban demi anak-anaknya.Kita....Adakah kita pernah berkorban atau pernah berkorban untuk ibu dan bapa kita?Fikirkan...

Ibu dan bapa ini hanya 1 dalam seumur hidup.Adakah selepas permergian mereka pada suatu hari nanti barulah kita akan "memperhambakan" diri kita kepada mereka?Sudah terlambat...

Penulisan kali ini tidak lebih hanyalah untuk mengingatkan pembaca terutama bagi penulis sendiri.Janga kita menyesal di kemudiaan hari.
Insaflah...

Sebelum penulis mengakhiri penulisan ini,marilah sama-sam kita menghayati lagu ini.
Sekian...