Friday, January 20, 2012

DIA , AWEK & SEKITAR EXAM...

Bismillahi rahmanir rahim....

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi yang mulia SAW, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat yang meneruskan perjungan setelah kewafatannya serta tidak dilupakan buat penyambung mata-mata rantai pejuangan sekalian.

Setelah sekian lama menyepi tiba-tiba terdetik pula untuk menulis kembali.Disebabkan kesibukkan yang menimpa-nimpa,fatrah masa yang tidak mengizinkan,akhirnya blog ini kembali terisi setelah sekian lama.

Ketika ini Mesir dilanda pelbagai-bagai peristiwa.Peristiwa kebangkitan rakyat mesir,pilihanraya yang masih sedang berlangsung,pelajar-pelajar yang bertungkus lumus menghafal & mengulangkaji untuk exam & tak dilupakan juga golongan-golongan yang sedang terawang-awang menuju hari bahagia. 

Ketika sedang boring-boring menghafal,terasa gatal tangan nak menengok youtube,lalu terbuka pula video lama yang  suatu ketika dahulu selalu menjadi mainan bibir.lagu Ayah,Ibu,Anak oleh BAJI-A.IA.Tiba-tiba teringat status kawan-kawan di facebook tentang seorang ibu yang dimaki hamun dikhalayak ramai.Aduhai....sampai bergitu sekali kerosakkan yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini.Ibu & ayah kini tidak lagi dihormati,pasangan-pasangan yang seolah-olah tidak mengetahui halal & haram serta pelbagai macam bentuk kerosakkan lain.

Aku terfikir......apakah salahnya ibu tersebut sehingga dia berhak dimaki hamun sehingga bergitu sekali?Adakah dia tidak mempunyai maruah?Entah....(Boleh lihat disini video tersebut).Kisah lain....ada yang sanggup mengetepikan ibu & ayah semata-mata kerana seorang perempuan yang baru dikenali tak sampai beberapa bulan atau tahun.Adakah hanya sebab mengasihi si Dia,seorang anak perlu memaki hamun,perlu diugut hendak lari rumah dan bermacam-macam tindakan lain lagi.

Duhai insan yang bernama anak.....
ingatlah....siapa kita tanpa ibu dan ayah.Siapa kita kalau tiada sokongan & belas kasihan mereka?Siapa kita jika mereka tidak memelihara kita sejak kecil?SIAPA KITA????

TIADA!!!!!!KITA TIDAK AKAN JADI ATAU ADA SEPERTI YANG KITA DAPAT ATAU JADI SEKARANG......

Entah.....itu baru masalah ibu bapa dan anak serta aweks...yang sedang exam atau habis exam pula macam mana?Macam -macam hal la pulak.....

Bingkisan ini hanya sekadar muhasabah diri buat kita bersama.Biar siapa pun kita hari ini,ingatlah ibu bapa yang banyak berkorban demi kita.Exam-exam juga....pengharapan pada Allah tetap jangan dilupakan.Allahu a'lam....

Jom layan lagu sikit....huhuhu