Thursday, June 9, 2011

RINGKASAN "USUL 20" SERTA KETERANGAN-PART 2

ASAS KEDUA:

Bagi seorang Muslim, Al-Quran dan hadis adalah menjadi sumber untuk mengetahui hukum-hukum Islam. Al-Quran difahami menurut kaedah-kaedah bahasa Arab, dengan tidak memberat dan meringankan. Hadis pula difahami melalui periwayat-periwayat hadis yang dipercayai.

2.1 Keterangan

Tidak berlaku perselisihan pendapat di kalangan Muslimin bahawa Al-Quran adalah merupakan sumber pertama bagi hukum dan hujah bagi ummatIslam. Mereka juga sependapat mengatakan bahawa sunnah nabawiah adalahmerupakan penyempurna dan pentafsir kepada sesuatu yang umum dalam Al-Quran. Sunnah nabawiah juga wajib diikuti sebagaimana Al-Quran. Al-Quran
dan sunnah adalah wahyu dari Allah, tetapi lafaz dan makna Al-Quran diwahyukan Allah kepada Rasulullah (s.a.w) sedangkan lafaz sunnah daripada Rasulullah (s.a.w) manakala maknanya adalah dari Allah s.w.t. Inilah yang membezakan antara Al-Quran dan sunnah.



Oleh kerana Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, mereka yang ingin mengetahui hukum-hukum melalui nas Al-Quran haruslah mengetahui kaedah-kaedah
bahasa Arab dan gaya bahasanya dalam menerangkan sesuatu. Selain dari itu mereka harus juga mengetahui beberapa perkara lain seperti mengetahui ayat-ayat yang memansukhkan dan ayat-ayat yang dimansukhkan, mengetahui sebab-sebab turun ayat dan hikmat tasyrik; dan juga mengetahui perkara-perkara lain yang bersangkutan dengan apa yang dinamakan ulum AlQuran.

Mereka juga harus mengetahui hukum-hukum yang disebutkan dalam sunnah nabawiah agar mereka dapat memahami maksud dan tujuan nas Al-Quran.Oleh kerana kemampuan seseorang tidak sama dalam menguasai semua ilmu yang diperlukan untuk memahami Al-Quran, maka seseorang Muslim hanyalah dapat memahami Al-Quran sekadar ilmu yang ada padanya. Beliau haruslah bertanya kepada orang yang mengetahui tentang perkara-perkara yang tidak
dapat difahaminya dan Al-Quran.

Sunnah nabawiah pula dapat difahami dengan mengetahui sanad dan matan hadith. Yang dimaksudkan mengetahui sanad ialah mengenal periwayat hadith, dengan tujuan mengetahui sejauh mana siqah (dipercayai) riwayatnya agar dapat diketahui sahih atau tidaknya hadith yang diriwayatkan.

Untuk mengenal hadith yang sahih hari ini cukuplah dengan mengetahui hadith-hadith yang dianggap sahih oleh ulamak-ulamak hadith yang berkemampuan dalam ilmu hadith. Ulamak-ulamak Islam telah mengumpulkan hadith-hadith yang sahih dalam kitab-kitab yang tertentu, demikian juga hadith-hadith yang dusta dan daif telah diterangkan oleh sebahagian ulamak yang lain.

Bila seorang Muslim telah mengetahui hadith-hadith yang sahih atau dhaif melalui penelitiannya dalam kitab-kitab hadith, sebagaimana yang telah diputuskan oleh ulamak-ulamak, beliau akan dapat mengetahui hadith-hadith yang dipercayai dan boleh diamalkan dan dibuat hujah.

Kitab-kitab yang mengandungi hadith-hadith yang sahih ialah: Kitab Sahih Bukhari dan Muslim, Sunan Abi Daud dan Tarmizi, Sunan Nasa’i dan Ibni Majah. Kitab sahih Al-Bukhari adalah kitab yang paling tinggi kedudukannya di antara kitab-kitab tersebut.

Ahli-ahli ilmu telah bersepakat mengatakan bahawa sahih Al-Bukhari menduduki tempat yang
pertama dari sudut sahihnya setelah Al-Quran. Tempat kedua dari sudut ini ialah kitab-kitab sahih Muslim, manakala tempat yang seterusnya ialah kitab-kitab yang empat yang telah disebutkan. Atas dasar in semua hadith-hadith yang tersebut dalam kitab-kitab sahih Bukhari dan Muslim adalah hadith-hadith yang sahih dan periwayat kedua-dua kitab ini adalah mauthuq (dipercayai).

Memadailah bagi seorang Muslim mengamalkan hadith-hadith yang terkandung dalam kedua-dua buah kitab tersebut dan beliau bolehlah berpuas hati.Yang dimaksudkan dengan mengetahui matan hadith pula ialah mengetahui makna hadith dan hukum-hukum yang terkandung di dalamnya.Sekiranya seorang Muslim itu tidak tergolong dalam lingkungan ulamak-ulamak-hadith, maka soal untuk memahami makna hadith dan mengetahui hukum-hukum yang terkandung di dalamnya mestilah dirujuk kepada ahli-ahli dan ulamak hadith.

Kitab yang menitikberatkan fiqhul hadith ialah kitab-kitab:-

1-Nailul-Autar oleh Syaukani,
2- Subulus-Salam oleh Sanaani dan
3-Umdatul-Ahkam oleh Ibni Daqiqil-aid.

0 comments

Post a Comment