Saturday, June 11, 2011

RINTANGAN SEPANJANG JALAN-PART 1

Penulis:Dr Sayyid Muhammad Nuh
Penerbit:Berlian Publications Sdn Bhd/Jasmin Interprise

Bismillahirrahmanir rahim

1-AL-FUTUR (TIDAK BERSEMANGAT)

A-PENGERTIAN

Al-futur:dari segi bahasa mempunyai 2 maksud iaitu:

1-kelesuan atau dingin
2-malas,berlengah,tidak semangat atau tiada ghairah

*Dalam "Lisanul Arab" ada menyebutkan "satu penyakit yang menimpa manusia,bahkan penyakit itu terjadi kerana perbuatannya sendiri"
Ianya disebut sebagai malas,berlengah-lengah,lambat,tidak bersemangat dan dingin.

B-PUNCA-PUNCA PENYEBAB FUTUR

Diantara sebab al-futur menjangkiti hati manusia adalah dosebabkan :-

1-berlebih-lebihan dalam menjalankan agama
2-berlebih-lebihan dan melampaui batas ketika makan
3-berpisah dari jemaah dan menyendiri
4-sedikit mengingati mati dan akhirat
5-lalai dalam beramal
6-memakan sesuatu yang syubhah atau haram
7-melakukan amalan dari satu segi sahaja
8-melupakan sunnatullah di dunia dan di akhirat
9-melupakan kesihatan tubuhnya kerana banyak beban dan kewajipan
10-tidak mempunyai persediaan dalam menghadapi kehidupan
11-bertemankan dengan orang yang mempunyai penyakit futur
12-tidak merancang aktiviti yang dilakukan
13-terjerumus dalam melakukan dosa dan maksiat meskipun hanya dosa kecil


C-KESAN AKIBAT FUTUR

Malas memberi kesan yang sangat besar dan mendalam dalam diri seorang pendai'e mahupun kelompok umat islam itu sendiri.

Disebabkan sifat malas yang bersarang dalam hati dan diri insan menyebabkan seorang daie itu menjadi kurang ketaatannya kepada Allah,malahan malas juga membawa kepada menjerumus kepada perbuatan mungkar.

Oleh kerana itu Rasullullah SAW mengajarkan kepada umatnya akan satu doa yang bermaksud: "Ya Allah aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan was-was dan gelisah,aku berlindung kepada-Mu daripada lemah dan malas,dan aku berlindung kepada-Mu dari hutang dan kekasaran lelaki"
[Diriwayatkan dari Ibnu sunni dari Annas/hadis ini adalah dhaif]

Akibat yang lebih besar yang disebabkan oleh sifat malas ini lebih besar terhadap umat islam itu sendiri.Ianya akan menyebabkan semakin banyak maslah yang akan timbul dan gagalnya membendung sifat malas ini membawa kepada hilang semangat.

Ini adalah menjadi sunnatullah bahawa pertolongan Allah itu tidak akan datang kepada orang yang malas.Sesungguhnya pertolongan Allah itu datang pada orang-orang yang bersungguh seperti mana firman-Nya yang bermaksud:

"Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal soleh tentulah Kami tidak akan mensia-siakan pahala orang yang mengerjakan amalan dengan baik"[Surah Al-kahfi:30]


D-KAEDAH MENGATASI AL-FUTUR

1-menjauhi maksiat samada dosa besar mahupun kecil
2-sentiasa melakukan amalan soleh
3-melakukan amalan pada waktu-waktu yang mempunyai fadhilat
4-menghindari dari berlebihan di dalam melakukan amalan soleh
5-memupuk jiwa untuk hidup berjamaah dan tidak menyendiri serta sentiasa berperasangka baik dengan qada' dan qadar Allah
6-tetap berpegang teguh dengan sunnatullah di dalam menyelesaikan setiapa permasalahn dalam kehidupan
7-tekun dan istiqomah di dalam beramal
8-mendahulukan perkara yang lebih aula
9-berteman dengan hamba Allah yang soleh
10-menjaga kesihatan badan dengan beristirehat,makan dan minum dalam keadaan yang optimum
11-menghiburkan diri dengan perkara-perkara yang harus
12-sentiasa membaca sirah Rasul,para sahabat serta menghayati kehidupan mereka
13-sentiasa mengingati mati
14-mengingati adanya kehidupan selepas mati-syurga,neraka,kubur,mahsyar
15-banyak mengahadirkan diri di dalam majlis ilmu
16-menjalankan agama dengan menyeluruh
17-sentiasa bermuhassabah diri

Allahu a'lam-

0 comments

Post a Comment