Monday, February 15, 2010

CABARAN MAHASISWA MENDEPANI MASA DEPAN

MUQADDIMAH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

InsyaAllah pada entri kali ini penulis ingin berkongsi sedikit pengetahuan yang ada.Moga-moga dapat menberi instifadah sedikit sebanyak kepada penulis dan para pembaca sekalian.

Sidang pembaca...

Apakah yang dinamakan sebagai mahasiswa?

Secara umumnya mahasiswa ditakrifkan sebagai orang yang sedang menjalani pendidikan tinggi di sebuah universiti atau pengajian tinggi.

Namun selaku seorang yang bergelar mahasiswa,adakah mereka itu sedar atau mengetahui apakah peranannya terhadap dirinya sendiri,agama,bangsa dan negaranya?Dan adakah mereka itu sedar apakah cabaran-cabaran yang bakal mereka hadapi di masa hadapan?

Bagi menjawab persoalan -persoalan tersebut,insya Allah penulis akan cuba mengupas dan memberikan contoh-contoh yang bersesuaian bagi point-point jawapan tersebut.

Apabila kita bercakap tentang kesedaran seseorang tentang peranannya,pasti ianya tidak akan terlepas daripada mengetahui hadaf atau tujuan seseorang tersebut dalam melakukan sesuatu perkara.Jadi bagi seseorang yang bergelar mahasiswa ini tidak dapat tidak perlu mengetahui apakah tujuannya didalam menuntut ilmu, dan dengan itu dia pasti dapat mengenalpasti peranan dan tujuannya serta tempatnya dalam dirinya,agamanyambangsanya dan negaranya.

Dan seterusnya penulis akan cuba menjawab tentang cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi mereka dimasa depan.

Diantara cabaran yang akan ditempuhi oleh seorang mahasiswa adalah:-

1-Cabaran dari sudut individu

Perkara sebegini sering berlaku pada seorang mahasiswa.Mereka tidak mampu melawan hawa nafsu mereka sendiri untuk berubah.Mereka tidak mampu untuk merubah diri mereka dari yang lemah kepada yang lebih baik.Mereka tidak mampu membung sifat-sifat mazmumah atau buruk dari diri mereka seperti sifat malas,suka bersembang,suka membuang masa,banyak tidur dan lain-lain lagi.

Adapun yang dapat menahan diri mereka daripada cabaran-cabaran ini,seringkali dilihat menonjol dari segi syahsiah dan akademik mereka.

Sebagai contoh:-
Jika seseorang itu aktif dalam suatu perbincangan ilmiah atau perkumpulan,bayangkan jika dia dapat menyelesaikan sesuatu permasalahan hukum dalam setiap kali perbincangan berlangsung,bayangkan jikaberapa banyak permasalahan hukum yang dapat dia selesaikan dalam masa setahun.

2-Cabaran dari sudut kekeluargaan

Sidang pembaca sekalian...

Jika seseorang mahasiswa itu mengetahuai bahawanya dia mempunyai tanggungjawab terhadap keluargannya,sudah pasti dia tidak akan mempersiakan masanya dengan sesuatu yang tidak berfaedah.

Sebagai contoh:-
Andaikan jika ahli keluarganya itu bukan lah dari golongan yang mempelajari agam,siapakah yang akan mengajarkan agama pada keluargannya?Adakah dia boleh melepaskan tanggungjawabnya kepada orang lain dengan sewenang-wenangnya?Sudah tentu tidak.Jadi tidak dapat tidak,dia perlu belajar dan bersedia untuk menghadapi cabaran tersebut.

3-Cabaran dari sudut sahabat dan kawan-kawan

Adakah seseorang mampu menegur kawan-kawannya jika dia melihat kawan-kawannya itu dengan terang-terang.Jika dia tidak kuat,mungkin sekali dia akan terjebat sama dalam melakukan kemungkaran tersebut dan mungkin sekali dia akan membiarkan sahaja.

4-Cabaran dari sudut Kemasyarakatan

Kadang-kadang seseorang itu mungkin dapat menguruskan dirinya sendiri dan berdisiplin serta istiqamah serta mempunyai

0 comments

Post a Comment