Saturday, February 13, 2010

PENGENALAN RINGKAS SEKITAR FIQH KEUTAMAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

InsyaAllah pada entri kali ini ,penulis ingin mengutarakan tentang Fiqh Keutamaan yang kebiasaannya kurang diambil cakna oleh sesetengah pihak.

Para sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Penulis tidak berhajat untuk menerangkan dengan teliti tentang Fiqh Keutamaan ini secara mendalam kerana difikirkan bahawasanya ramai yang telah mengetahui apakah sebenarnya Fiqh Keutamaan ini.Penulis lebih cenderung untuk mengetengahkan point-point penting yang perlu diingatkan yang berkaitan dengan Fiqh Keutamaan ini bagi memudahkan untuk diambil instifadah daripadanya.

Sidang pembaca sekalian...

kebiasaaannya masalah yang berlaku disekitar kita yang memerlukan keputusan yang cepat terbahagi kepada 3 keadaaan iaitui:

1-maslahah bertemu maslahah
2-mafsadah bertemu maslahah
3-mafsadah bertemu mafsadah

InsyaAllah penulis akan menerangkan secara ringkas bagaimana menangani masalah tersebut melalui kacamata para ulama'

Secara umumnya,maslahah/mafsadah ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

1-maslahah/mafsadah yang bersifat doruriyat/kepentingan iaitu (agama,nyawa,akal,keturunan dan maruah,harta)
2-maslahah/mafsadah yang bersifat hajiyat/keperluan iaitu ketiadaannya membawa kepada kesusahan
3-maslahah/mafsadah yang bersifat tahsiniyat/pelengkap iaitu yang ketiadaaannya tidak memberi kesusahan

Sidang pembaca sekalian...

kita telah mengetahuai pembahagian secara umum maslahah dan mafsadah,tetapi adakah kita mengetahui bagaimna cara untuk menyelesaikannya jika maslahah bertemu maslahah atau mafsadah bertemu mafsadah dan jika maslahah bertemu mafsadah?

Bagi masalah tersebut,ulama'-ulama' telah memikirkan cara dan memberikannya kepada kita tanpa sebarang bayaran.Adapun disini penulis akan memberikan cara atau manhaj yang telah disediakan oleh ulama' tanpa memberikan contoh yang sepatutnya.

**JIKA 2 MASLAHAH BERTEMBUNG,BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENYELESAIKANNYA?**

Perlu diingatkan bahawasanya kaedah-kaedah ini digunakan secara berturut-turut tanpa melangkawi salah satu yang lainnya.

Kaedah Pertama:
Maslahah akhirat diutamakan dari maslahah dunia

Kaedah Kedua:
Maslahah bersifat umum diutmakan dari maslahah yang bersifat individu

Kaedah Ketiga:
Maslahah diyakini diutamakan dari maslahah yang diragui

Kaedah Keempat:
Maslahah yang besar diutamaka dari maslahah yang kecil kesannya

Kaedah Kelima:
Maslahah yang kekal diutamakan dari maslahah yang tidak tetap dan mudah hilang

Kaedah Keenanam:
Maslahah usul diutamakan diutamakan daripada maslahah cabangan
*usul yang dimaksudkan disini adalah dari segi maslahah doruriyat

Kaedah Ketujuh:
Maslahah masa depan yang diyakini diutamakan dari maslahah semasa yang lemah atau tidak diyakini

Ada pun jika bertemu 2 mafsadah,perlu ditimbangkan mana satu yang lebih berat.Kaedah penyelesaiannya adalah seperti berikut:-

**KAEDAH PENYELESAIAN APABILA 2 MAFSADAH BERTEMBUNG**

Kaedah Pertama:
Menolak mafsadah sedaya upaya yang ada
*Bermakna kita dituntut untuk menolaknya & meminimakan penggunaannya selagi ada ruang

Kaedah Kedua:
Mafsadahtidak boleh diatasi dengan mafsadah sejenis atau lebih besar daripada keduannya

Kaedah Ketiga:
Tidak harus memulakan mafsadah dan tidak harus membalas dengan mafsadah

Kaedah Keempat:
Tempuh mafsadah yang lebih ringan apabila 2 mafsadah bertemu

Kaedah kelima:
menanggung mafsadah yang khas atau bersifat umum adalah perlu apabila ianaya dapat menolak mafsadah yang bersifat umum.

Demikianlah kaedah yang digariskan ulama' didalam menanggani pertembungan 2 maslahah dan mafsadah.Jika maslahah dan mafsadah saling bertembung bagaimana pula cara untuk menangganinya?Perlu dilihat jika maslahah dan mafsadah itu sama-sama besar dan berat,hendaklah mengikut kaedah ini...

Kaedah pertama:
menolak mafsadah diutamakan daripada mendatangkan maslahah
*jika maslahah dan mafsadah salah satunya lebih kecil,ikut kaedah yang seterusnya.

Kaedah kedua:
Mafsadah yang lebih kecil tidak diambil kira demi meraih kemaslahatan yang lebih besar

Kaedah Ketiga:
Tidak diambil kira mafsadah yang bersifat sementara dan tidak tetap demi meraih maslahah yang bersifat tetap dan kekal

Kaedah Keempat:
Tidak harus meninggalkan maslahah yang pasti kerana takutkan mafsadah yang tidak pasti

Demikianlah kaedah yang tetah ditetapkan ulama'.Jadi,bagaimana pula untuk kita membezakan mana satu maslahat duniawi dan mana satu maslahat ukhrawi?Adakah maslahah ukrawi semata-mata berkaitan dengan ibadat sahaja?

Bagi soalan tersebut,ulama'telah mengariskan bahawasanya maslahah duniawi dan ukhrawi dapat dibezakan dengan:-

1- Memerhatikan & meneliti nas Al-quran & hadis yang jelas maksudnya

2-Mengenalpasti maslahah & kehendak syarak melalui dalil-dalil perintah dan larangan

3-Penelitian terhadap illah atau sebab hukum & seterusnya menentukan maqosid syarak dari penelitian

4-Kajian menyeluruh (Istirqa') terhadap hukum-hukum yang telah sedia ada & dalil-dalil hukum syarak dan seterusnya menentukan menentukan maqosis syariyah darinya

5-Mengambil kefahaman para sahabat hasil daripada pemahaman mereka terhadap dalil-dalil

6-Menggunakan akal hasil percubaan,pengalaman & adat-adat yang sihat

Demikianlah manhaj-manhaj yang telah diajarkan oleh para ulama' bagi memperbaiki kehidupan
umat.Moga-moga pengisian kali ini dapat memberi instifadah buat kita bersama.Moga kita dapat beramal dengan ilmu ini sedikit sebanyak sebagai bekalan buat kita di akhirat.Amin...

0 comments

Post a Comment