Wednesday, February 24, 2010


BERHATI-HATI DENGAN APA YANG KITA BACA...

Dengan Nama Allah Ynag Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Dalam menyusuri medan dakwah ini seringkali kita memerlukan sesuatu medium untuk kita mengambil manfaat dan pengajaran buat dijadikan santapan rohani bagi menguatkan hati dan diri seseorang yang bergelar muslim dan pendakwah.

Namun di situ seringkali medium-medium ini dicemari oleh najis-najis kafir laknatullah.Medium-medium seperti buku-buku bacaan umum,blog dan yang lainnya seringkali menjadi sasaran puak-puk kafir ini.

Sebagai contoh blog ini.http://beritamuslim.wordpress.com/.kelihatan seperti menyeru kebada kebaikan,namun disitu isi-isinya diputar-belitkan hingga boleh menyebabkan orang yang kurang ilmunya tentang agama membenci akan islam itu sendiri.

Diantara blog-blog yang dicadangkan untuk dibaca dan diambil manfaat :
http://dakwah2u.blogspot.com/.http://hairulnizammathusain.blogspot.com/.
http://videonazrul.blogspot.com/.dan lain-lain.

Justeru itu wahai pembaca sekalian,tapislah pembacaan kalian dengan sinar ilmu yang ada,bertanya pada yang lebih arif dan bijak memilih pembacaan.Wallahu A'lam.

Monday, February 15, 2010

CABARAN MAHASISWA MENDEPANI MASA DEPAN

MUQADDIMAH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

InsyaAllah pada entri kali ini penulis ingin berkongsi sedikit pengetahuan yang ada.Moga-moga dapat menberi instifadah sedikit sebanyak kepada penulis dan para pembaca sekalian.

Sidang pembaca...

Apakah yang dinamakan sebagai mahasiswa?

Secara umumnya mahasiswa ditakrifkan sebagai orang yang sedang menjalani pendidikan tinggi di sebuah universiti atau pengajian tinggi.

Namun selaku seorang yang bergelar mahasiswa,adakah mereka itu sedar atau mengetahui apakah peranannya terhadap dirinya sendiri,agama,bangsa dan negaranya?Dan adakah mereka itu sedar apakah cabaran-cabaran yang bakal mereka hadapi di masa hadapan?

Bagi menjawab persoalan -persoalan tersebut,insya Allah penulis akan cuba mengupas dan memberikan contoh-contoh yang bersesuaian bagi point-point jawapan tersebut.

Apabila kita bercakap tentang kesedaran seseorang tentang peranannya,pasti ianya tidak akan terlepas daripada mengetahui hadaf atau tujuan seseorang tersebut dalam melakukan sesuatu perkara.Jadi bagi seseorang yang bergelar mahasiswa ini tidak dapat tidak perlu mengetahui apakah tujuannya didalam menuntut ilmu, dan dengan itu dia pasti dapat mengenalpasti peranan dan tujuannya serta tempatnya dalam dirinya,agamanyambangsanya dan negaranya.

Dan seterusnya penulis akan cuba menjawab tentang cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi mereka dimasa depan.

Diantara cabaran yang akan ditempuhi oleh seorang mahasiswa adalah:-

1-Cabaran dari sudut individu

Perkara sebegini sering berlaku pada seorang mahasiswa.Mereka tidak mampu melawan hawa nafsu mereka sendiri untuk berubah.Mereka tidak mampu untuk merubah diri mereka dari yang lemah kepada yang lebih baik.Mereka tidak mampu membung sifat-sifat mazmumah atau buruk dari diri mereka seperti sifat malas,suka bersembang,suka membuang masa,banyak tidur dan lain-lain lagi.

Adapun yang dapat menahan diri mereka daripada cabaran-cabaran ini,seringkali dilihat menonjol dari segi syahsiah dan akademik mereka.

Sebagai contoh:-
Jika seseorang itu aktif dalam suatu perbincangan ilmiah atau perkumpulan,bayangkan jika dia dapat menyelesaikan sesuatu permasalahan hukum dalam setiap kali perbincangan berlangsung,bayangkan jikaberapa banyak permasalahan hukum yang dapat dia selesaikan dalam masa setahun.

2-Cabaran dari sudut kekeluargaan

Sidang pembaca sekalian...

Jika seseorang mahasiswa itu mengetahuai bahawanya dia mempunyai tanggungjawab terhadap keluargannya,sudah pasti dia tidak akan mempersiakan masanya dengan sesuatu yang tidak berfaedah.

Sebagai contoh:-
Andaikan jika ahli keluarganya itu bukan lah dari golongan yang mempelajari agam,siapakah yang akan mengajarkan agama pada keluargannya?Adakah dia boleh melepaskan tanggungjawabnya kepada orang lain dengan sewenang-wenangnya?Sudah tentu tidak.Jadi tidak dapat tidak,dia perlu belajar dan bersedia untuk menghadapi cabaran tersebut.

3-Cabaran dari sudut sahabat dan kawan-kawan

Adakah seseorang mampu menegur kawan-kawannya jika dia melihat kawan-kawannya itu dengan terang-terang.Jika dia tidak kuat,mungkin sekali dia akan terjebat sama dalam melakukan kemungkaran tersebut dan mungkin sekali dia akan membiarkan sahaja.

4-Cabaran dari sudut Kemasyarakatan

Kadang-kadang seseorang itu mungkin dapat menguruskan dirinya sendiri dan berdisiplin serta istiqamah serta mempunyai

Saturday, February 13, 2010

RINGKASAN "BAGAIMANA MENYENTUH HATI" PART 3

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang...

InsyaAllah pada entri kali ini penulis akan menyambung ringkasan tentang "Bagaimana menyentuh hati" karangan Abbas As-sissi.Moga dapat menberi instifadah buat kita bersama.

*************************************************************************************

Tiga Karakter Manusia

Dalam kehidupan ini manusia dapat diklasifikasi dalam tiga kategori, iaitu:

  1. Manusia yang Berperilaku dengan Akhlak Islamiah

Ia adalah orang yang rajin beribadah dan rajin ke masjid. Orang yang seperti ini harus dinomborsatukan, kerana mereka lebih dekat dengan dakwah kita, sehingga tidak memerlukan tenaga yang banyak dan untuk mengajak mereka pun tidak banyak kesulitan, insya Allah.

  1. Manusia yang Berperilaku dengan Akhlak Asasiyah

Ia adalah orang yang tidak taat beragama, tetapi tidak mahu terang-terangan dalam

berbuat maksiat kerana ia masih menghormati harga dirinya. Orang-orang semacam ini menempati urutan kedua.

  1. Manusia yang Berperilaku dengan Akhlak Jahiliah

Ia adalah orang yang bukan dari golongan pertama atau kedua. Dialah orang yang

idak peduli terhadap orang lain, sedang orang lain mencelanya kerana perbuatan

dan perangainya yang buruk. Rasulullah saw. bersabda,

"Sesungguhnya seburuk-buruk tempat manusia di sisi Allah pada hari kiamat adalah

orang yang ditinggalkan (dijauhi) masyarakatnya kerana takut dengan keburukkannya."

(HR. Bukhari dan Muslim)

Sebagai ibarat,ada seseorang berdiri di bawah pohon epal yang sedang berbuah lebat. Jika ia ingin memetik, ia terlebih dulu memetik buah yang dapat dijangkau dengan tangannya. Jika sudah habis, dan tinggal yang paling atas, maka jika dapat dijangkau buah itu akan dipetik dan kalau tidak, buah tersebut tidak akan terpetik

Bukan bererti seorang da'i harus tetap berpegang dan terikat dengan urutan ini, kerana kadangkala keadaan bisa mengubah pandangannya dalam hal ini —dengan izin Allah

Terdapat kisah yang berlaku kepada beberapa pemuda dari daerah Bulaq, Kairo, yang berpusing-pusing mencari tanah yang kosong untuk digunakan sebagai tempat peringatan Maulid Nabi Muhammad saw., yang akan dihadiri oleh Imam Hasan Al-Banna sebagai pembicara. Di sebelah warung makan, mereka menjumpai tanah lapang, lalu mereka bertanya kepada pemilik warung makan tersebut. Pemilik warung itu adalah Ustadz Ibrahim Karrum, seorang tokoh dari daerah Bulaq yang disegani oleh pemerintah yang berkuasa pada waktu itu dan disegani pula oleh kawan sendiri. Setelah mengetahui maksud dan tujuan pemuda-pemuda itu, beliau menyambutnya dengan sambutan yang luar biasa dan menyatakan kesediaannya. Setelah mereka kembali, mereka menceritakan kejadian yang baru saja mereka alami kepada Ustadz Hasan Al-Banna. Ketika Ustad Al-Banna berangkat untuk berceramah dalam acara tersebut, terlebih dahulu beliau mengunjungi Ustad Ibrahim Karrum dan mengucapkan terima kasih atas kebaikannya. Begitu pula tatkala beliau mulai berceramah,

beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Ustad Ibrahim Karrum untuk kedua kalinya.

Sejak saat itu, Ustad Ibrahim aktif dalam Jamaah Ikhwanul Muslimin. Pada bulan Mac 1954 M. beliau memimpin demonstrasi akbar terhadap Jamal Abdul Naser.Mereka menuntut agar Presiden Muhammad Najib dipulangkan ke Mesir dan anggota Ikhwanul Muslimin yang dipenjara dibebaskan. Beliau juga pernah dipenjara bersama anggota Ikhwanul Muslimin yang lain. Semoga Allah swt. Memberikan rahmat kepadanya.

Perlu diberi perhatian adalah dalam mendekati mereka memerlukan langkah yang cermat, kerana biasanya pemuda-pemuda ini mempunyai seseorang yang mereka segani dan hormati. Jika seorang da'i dapat mendekati orang tersebut, sangat dimungkinkan pemuda-pemuda itu mengikuti dakwah kita. Namun jika pendekatan ini tidak berhasil, sebagai da'i, ia tidak boleh putus asa. Ia harus mendekati salah satu pemuda diantara pemuda-pemuda tadi yang pemahamannya terhadap dakwah islamiah lebih mantap, bergaul dengannya dan juga yang lain dengan sabar dan penuh kasih sayang tanpa menyinggung permasalahan yang dapat

menyebabkan hubungan itu terganggu. Jika dengan izin Allah pemuda itu mahu menerima ajakan kita, ini akan sangat membantu usaha kita untuk mengajak teman-temannya yang lain.

Pendekatan itu harus dilakukan dengan lemah lembut. Kita harus menyedari bahawa kita tidak diwajibkan untuk memastikan mereka semua menerima ajakan kita, namun jika mereka semua menerima ajakan kita, itu adalah rahmat dari Allah. Hanya Dialah yang berhak memberikan hidayah. Allah berfirman,

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberikan petunjuk kepada orang yang kamu

cintai, tetapi Allah-lah yang memberi hidayah kepada yang dikehendaki-Nya dan Allah

lebih mengetahui orang-orangyang mahu menerima petunjuk." (Al-Qashash: 56)

Sebagai contoh,seorang tukang roti berdin di depan tempat pembakaran roti, sambil memasukkan potongan-potongan roti ke dalamnya. Setelah menunggu beberapa saat,

ia mengeluarkan roti yang sudah matang dan membolak-balikkan yang belum matang.

Setiap kali ada roti yang sudah matang, ia akan mengeluarkannya.Kadang-kadang terdapat beberapa potong roti yang jatuh ke dalam api dan terbakar.Inilah keadaan da'i tatkala berdakwah di masyarakat; ia memberi sekaligus menerima (give and take). Suatu saat ia mendekat dan pada saat yang lain ia menjauh.

Ia akan memberi kepada setiap orang sebagaimana seorang doktor yang memberikan ubat sambil bersabar. Setelah selang beberapa waktu, di antara mereka sudah ada yang tersinari oleh cahaya iman (inilah roti yang telah matang),ada yang menyambut ajakan tersebut kerana perasaan takut, ada yang menyambut ajakan tersebut kerana malu, ada yang bersikap terpaksa, ada pula yang menjauh, dan bahkan ada yang berlaku tidak baik terhadap sang da'i. Untuk menghadapi mereka itu, kita tidak boleh putus asa, tetapi harus terus berusaha sehingga yang ditunggu-tunggu dapat dipetik, disertai doa agar Allah membukakan hati mereka.

Adapun da'i yang menghabiskan waktunya hanya untuk satu orang dengan harapan agar orang tersebut mahu menerima ajakannya adalah tidak benar. Orang tersebut akan merasa bahawa dirinya diajak dengan cara yang sangat berlebihan,sehingga ia akan berprasangka buruk, dan bisa jadi ia akan lari dari ajakan itu, kecualiorang-orang yang diberi rahmat oleh Allah swt.

Kaedah yang harus kita perhatikan adalah: "Ambillah yang mudah dan tinggalkan yang sulit, jika ada yang mudah".


PENGENALAN RINGKAS SEKITAR FIQH KEUTAMAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

InsyaAllah pada entri kali ini ,penulis ingin mengutarakan tentang Fiqh Keutamaan yang kebiasaannya kurang diambil cakna oleh sesetengah pihak.

Para sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Penulis tidak berhajat untuk menerangkan dengan teliti tentang Fiqh Keutamaan ini secara mendalam kerana difikirkan bahawasanya ramai yang telah mengetahui apakah sebenarnya Fiqh Keutamaan ini.Penulis lebih cenderung untuk mengetengahkan point-point penting yang perlu diingatkan yang berkaitan dengan Fiqh Keutamaan ini bagi memudahkan untuk diambil instifadah daripadanya.

Sidang pembaca sekalian...

kebiasaaannya masalah yang berlaku disekitar kita yang memerlukan keputusan yang cepat terbahagi kepada 3 keadaaan iaitui:

1-maslahah bertemu maslahah
2-mafsadah bertemu maslahah
3-mafsadah bertemu mafsadah

InsyaAllah penulis akan menerangkan secara ringkas bagaimana menangani masalah tersebut melalui kacamata para ulama'

Secara umumnya,maslahah/mafsadah ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

1-maslahah/mafsadah yang bersifat doruriyat/kepentingan iaitu (agama,nyawa,akal,keturunan dan maruah,harta)
2-maslahah/mafsadah yang bersifat hajiyat/keperluan iaitu ketiadaannya membawa kepada kesusahan
3-maslahah/mafsadah yang bersifat tahsiniyat/pelengkap iaitu yang ketiadaaannya tidak memberi kesusahan

Sidang pembaca sekalian...

kita telah mengetahuai pembahagian secara umum maslahah dan mafsadah,tetapi adakah kita mengetahui bagaimna cara untuk menyelesaikannya jika maslahah bertemu maslahah atau mafsadah bertemu mafsadah dan jika maslahah bertemu mafsadah?

Bagi masalah tersebut,ulama'-ulama' telah memikirkan cara dan memberikannya kepada kita tanpa sebarang bayaran.Adapun disini penulis akan memberikan cara atau manhaj yang telah disediakan oleh ulama' tanpa memberikan contoh yang sepatutnya.

**JIKA 2 MASLAHAH BERTEMBUNG,BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENYELESAIKANNYA?**

Perlu diingatkan bahawasanya kaedah-kaedah ini digunakan secara berturut-turut tanpa melangkawi salah satu yang lainnya.

Kaedah Pertama:
Maslahah akhirat diutamakan dari maslahah dunia

Kaedah Kedua:
Maslahah bersifat umum diutmakan dari maslahah yang bersifat individu

Kaedah Ketiga:
Maslahah diyakini diutamakan dari maslahah yang diragui

Kaedah Keempat:
Maslahah yang besar diutamaka dari maslahah yang kecil kesannya

Kaedah Kelima:
Maslahah yang kekal diutamakan dari maslahah yang tidak tetap dan mudah hilang

Kaedah Keenanam:
Maslahah usul diutamakan diutamakan daripada maslahah cabangan
*usul yang dimaksudkan disini adalah dari segi maslahah doruriyat

Kaedah Ketujuh:
Maslahah masa depan yang diyakini diutamakan dari maslahah semasa yang lemah atau tidak diyakini

Ada pun jika bertemu 2 mafsadah,perlu ditimbangkan mana satu yang lebih berat.Kaedah penyelesaiannya adalah seperti berikut:-

**KAEDAH PENYELESAIAN APABILA 2 MAFSADAH BERTEMBUNG**

Kaedah Pertama:
Menolak mafsadah sedaya upaya yang ada
*Bermakna kita dituntut untuk menolaknya & meminimakan penggunaannya selagi ada ruang

Kaedah Kedua:
Mafsadahtidak boleh diatasi dengan mafsadah sejenis atau lebih besar daripada keduannya

Kaedah Ketiga:
Tidak harus memulakan mafsadah dan tidak harus membalas dengan mafsadah

Kaedah Keempat:
Tempuh mafsadah yang lebih ringan apabila 2 mafsadah bertemu

Kaedah kelima:
menanggung mafsadah yang khas atau bersifat umum adalah perlu apabila ianaya dapat menolak mafsadah yang bersifat umum.

Demikianlah kaedah yang digariskan ulama' didalam menanggani pertembungan 2 maslahah dan mafsadah.Jika maslahah dan mafsadah saling bertembung bagaimana pula cara untuk menangganinya?Perlu dilihat jika maslahah dan mafsadah itu sama-sama besar dan berat,hendaklah mengikut kaedah ini...

Kaedah pertama:
menolak mafsadah diutamakan daripada mendatangkan maslahah
*jika maslahah dan mafsadah salah satunya lebih kecil,ikut kaedah yang seterusnya.

Kaedah kedua:
Mafsadah yang lebih kecil tidak diambil kira demi meraih kemaslahatan yang lebih besar

Kaedah Ketiga:
Tidak diambil kira mafsadah yang bersifat sementara dan tidak tetap demi meraih maslahah yang bersifat tetap dan kekal

Kaedah Keempat:
Tidak harus meninggalkan maslahah yang pasti kerana takutkan mafsadah yang tidak pasti

Demikianlah kaedah yang tetah ditetapkan ulama'.Jadi,bagaimana pula untuk kita membezakan mana satu maslahat duniawi dan mana satu maslahat ukhrawi?Adakah maslahah ukrawi semata-mata berkaitan dengan ibadat sahaja?

Bagi soalan tersebut,ulama'telah mengariskan bahawasanya maslahah duniawi dan ukhrawi dapat dibezakan dengan:-

1- Memerhatikan & meneliti nas Al-quran & hadis yang jelas maksudnya

2-Mengenalpasti maslahah & kehendak syarak melalui dalil-dalil perintah dan larangan

3-Penelitian terhadap illah atau sebab hukum & seterusnya menentukan maqosid syarak dari penelitian

4-Kajian menyeluruh (Istirqa') terhadap hukum-hukum yang telah sedia ada & dalil-dalil hukum syarak dan seterusnya menentukan menentukan maqosis syariyah darinya

5-Mengambil kefahaman para sahabat hasil daripada pemahaman mereka terhadap dalil-dalil

6-Menggunakan akal hasil percubaan,pengalaman & adat-adat yang sihat

Demikianlah manhaj-manhaj yang telah diajarkan oleh para ulama' bagi memperbaiki kehidupan
umat.Moga-moga pengisian kali ini dapat memberi instifadah buat kita bersama.Moga kita dapat beramal dengan ilmu ini sedikit sebanyak sebagai bekalan buat kita di akhirat.Amin...